Nasi Lemak Antarabangsa, Kuching

Anda bercadang cuti-cuti ke bandar Kuching, Sarawak?

Adakah anda sedang mencari tempat makan menarik di sana?

Jika ya, saya ingin berkongsi kepada anda satu tempat yang boleh dijadikan destinasi untuk mengisi perut yang lapar.

Hujung minggu lepas, saya bersama ahli keluarga bercuti di bandar Kuching. Dan salah satu aktiviti adalah mencari tempat makan yang menarik. Namun, tidak banyak perkongsian yang dikongsikan di laman google. Kebanyakannya berkongsi perkara yang sama. Maka, saya ingin berkongsi dengan anda yang mungkin boleh menjadi salah satu tempat favourit.

Kebetulan, kami sekeluarga menginap di Citadines Uplands, Kuching. Dan pada paginya, saya bercadang untuk mencari sarapan di kawasan terdekat namun hampa. Membuat carian di internet dan terjumpa berkenaan satu restoran. Maka, dengan kenderaan saya keluar sehingga ke kawasan Matang Jaya yang mengambil pemanduan selama 7-10 minit dari hotel pada waktu yang masih lagi awal pagi.

Setibanya di sana, hujan yang sangat lebat. (Tidak sempat mengambil gambar dari hadapan restoran)

Akhirnya, saya tiba di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa.

3

Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, Kuching ini adalah merupakan salah satu francais makanan Melayu yang induknya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Oleh demikian, bagi yang ingin merasakan nasi lemak ala-ala Semenanjung, di sinilah destinasi yang wajib anda kunjungi.

Menurut sumber, restoran ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai November 2015.

Ketika saya sampai di restoran ini, saya menjadi kagum melihat kebersihan restoran yang sangat terjaga serta pekerjanya berpakaian yang sangat kemas ala-ala chef semuanya. Lebih menarik, ketika itu semua staf adalah wanita yang bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.

4

Anda boleh lihat status kebersihan restoran ini di atas (Gred A). Dan ini memang sewajarnya untuk restoran tersebut.

Pilihan menu juga pelbagai untuk pelanggan. Jika tidak mahu makan nasi lemak, pelanggan juga boleh menempah roti canai, aneka masakan mi dan nasi briyani gam. (menu masakan Johor)

7

Promosi menu baharu

6

Menu asas Nasi Lemak.

5

Menu tambahan Nasi Lemak sebagai pelengkap.

Sesungguhnya, sangat berpuas hati dengan rasa lemaknya nasi dan kerangupan ayam goreng berempah. Cuma sebagai cadangan kepada pemilik restoran agar menambah baik rendang ayam yang agak cair kuahnya. Jika pekat, pasti pelengkap yang sempurna.

Yang bercadang ke sana, boleh rujuk maklumat di bawah. Selamat menjamu selera.

2016-03-16 (1)

2015 in review

Alhamdulilah. Setelah hampir 7 tahun bergelumang dengan teratak ini. Banyak kenangan yang dititipkan di sini samada berkenaan peribadi mahupun apa sahaja isu sekeliling.

Terima kasih kepada para pengunjung yang sudi singgah dan memberi komen. Sesungguhnya, anda telah banyak menyokong saya dalam dunia blog ini walaupun maaf daripada insan yang kerdil ini atas kekangan untuk berkongsi di sini.

Berikut adalah rumusan teratak ini sepanjang tahun 2015. Terima kasih sekali lagi.

“The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2015 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 9,100 times in 2015. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 3 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.