Guru Pembina Negara Bangsa

Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, sebuah lagu telah dicipta khusus selaras dan seiring dengan temanya iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid

Pencipta Lirik : Ili Nurbahariah bt Baharudin

Pengubah muzik : Marzuki bin Tambi

Bagi golongan guru yang berkhidmat di Sarawak, sudah pasti tidak asing lagi dengan lagu Hari Guru peringkat Negeri iaitu Pendidik Bumi Kenyalang.

Selamat Mendengar

Cuti-cuti Malaysia..

Sudah lama tidak menitipkan khabar di blog ini. Semenjak memulakan tugas dan dikhendaki membantu pihak sekolah menyiapkan beberapa perkara bagi kelangsungan persekolahan tahun hadapan kadang-kadang membuatkan badan keletihan. Malamnya pula masa dihabiskan untuk bersama keluarga. Episod hidup kini sudah berubah. Tidak sama sebelum diri dipostingkan. Maka, ruangan ini kesunyian tanpa berita. Teruskan membaca

Mari ‘klaka’ Sarawak

Tiba-tiba muncul idea untuk mengetengahkan belajar bahasa Sarawak. Sebab saya pasti masih belum ramai yang mengetahui makna dan berbahasa Sarawak terutamanya masyarakat luar Sarawak. Memandangkan ramai rakan-rakan yang akan posting ke Sarawak bermula 10 November ini, apa kata kita belajar bahasa bumi Kenyalang. Jom, kita mulakan sekarang yok..

Kata Ganti Nama

  • BAHASA SARAWAK                        BAHASA MELAYU
  • Kamek                                                         Saya /aku
  • Kitak                                                           Kamu/awak
  • Nya                                                             Dia
  • Sidak                                                           Mereka
  • Kamek orang                                              Kami

Kata Arah

  • BAHASA SARAWAK                         BAHASA MELAYU
  • Ya                                                                 Itu
  • Tok                                                               Ini
  • Siney                                                            Ke mana
  • Sitok                                                             Sini
  • Sinun                                                           Sana

Baiklah, sekian untuk kita pelajari hari ini. InsyaAllah, kemudian akan bersambung dengan lebih banyak perkataan untuk dipelajari. Kepada pengunjung yang bisa berbicara bahasa Sarawak, boleh sahaja menambahkan beberapa perkataan lain di ruang komen ya.. 🙂