Memoir Seorang Guru

Tika saat menunggu untuk memasuki kelas, saya mengambil peluang memenuhi masa yang ada untuk menghadam isi kandungan novel karyanya Pak Azizi Hj.Abdullah ini. Nyata sekali, kepuasan mengusaikan pembacaan begitu bermakna sekali. Takjub dan kagum dengan penulisnya yang mampu mengungkapkan setiap watak dengan cukup berkesan. Mungkin pada permulaan pembacaan, saya masih terkial-kial memahami perkataan yang digunakan seperti ‘kepikunan’ yang sedikit mengganggu penghayatan. Namun, setelah dari satu helaian ke satu helaian, ia menjadi kebiasaan dan keseronokan itu mula wujud dengan plot dan perwatakan yang diciptakan begitu menarik sehingga menimbulkan pelbagai perasaan dalam diri.

Memoir Seorang Guru mengisahkan seorang ustaz yang cukup berkeras melarang anak gadisnya bernama kamariah menceburi bidang perguruan kerana baginya bidang tersebut tidak mendatangkan keberkatan dan jauh sekali untuk mencapai tahap kemurabbian. Ini semua adalah disebabkan beliau tidak mahu anaknya mengikuti apa yang telah dilaluinya sepanjang mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa. Teruskan membaca