Coretan sehari di PBAKL 2015

PBAKL 20151.  Maaf agak terlambat membuat sedikit rebiu berkaitan perkongsian di PBAKL 2015. Alhamdulilah, menyempatkan diri untuk hadir pada hari ke-2.

2.  Tahun ini mengambil inisiatif menggunakan LRT dari Kelana Jaya ke PWTC. Sekali lagi, isteri dan anak-anak tidak dibawa dan berjanji membawa mereka keluar sebaik balik dari PWTC.

3.  Sampai di stesen PWTC dan menggunakan laluan jalan kaki yang sangat lapang dan selesa bersama-sama warga lain yang pasti menghala ke tempat tujuan yang sama.

4.  Masuk melalui pintu Legar Putra, alhamdulilah. Sampai juga. Berjalan melihat booth yang ada dan kaki terus melangkah ke booth pertama, Dubook Press. Hanya ada dua buah buku yang direncanakan dan terpaksa mengambil satu lagi untuk mencukupkan promosi seperti tahun lepas 3 buah buku = RM 50. Sebuah lagi buku yang ingin diperolehi masih belum masuk pada hari itu. Nampaknya ramai betul anak-anak muda di sini. (Dari segi pengamatan, booth buku-buku indie semakin bertambah tahun ini dan kelihatan memang setiap booth penuh dengan para muda mudi)

Dubook Press

5.  Seterusnya terus ke booth pilihan, ITBM di Aras 4. Seperti biasa, Wawancara Sofa Putih masih ada pada tahun ini. Namun, masa yang terhad membuatkan saya hanya terus mencari tujuan asal iaitu buku-buku yang sudah disenaraikan. Kalau diikutkan nafsu, memang ingin memborong banyak di ITBM ini seperti tahun lepas. Namun, cuba rasionalkan nafsu kerana ada buku lain yang ingin dimiliki dari booth lain. Buat makluman, ITBM juga membuat promosi secara online sepanjang PBAKL. Jadi jika ada buku yang ketinggalan, boleh beli secara atas talian sahaja.

ITBM sentiasa terbaik!

ITBM 2

6.  Dari booth ITBM terus ke booth DBP. Bagi yang ingin membeli majalah lama DBP, inilah masa yang paling sesuai untuk membuat pembelian sama ada dijadikan sebagi koleksi atau alat pengajaran oleh guru khususnya kerana hanya dijual RM1. Pada mulanya, ke DBP semata-mata hendak dapatkan buku Riwayat Ungku Aziz dan buku-buku biografi tokoh Islam. Namun, hanya jumpa buku Riwayat Ungku Aziz. Kesannya, terbeli buku lain keluaran DBP yang menarik juga. (Apabila sudah singgah ke booth-booth seterusnya dan lalu semula DBP, rupanya ada belahan lain yang saya tak pergi yang mungkin apa dicari ada di situ. Dalam hati, tahun hadapan sahajalah kerana bajet sudah menipis)

Buku-buku DBP

7.  Agenda diteruskan ke booth Utusan. Ingin dapatkan novel pemenang sayembara UTM-Utusan Sains Fiksyen, Transgenik Sifar dan Leksikon Ledang. Alhamdulilah, sambaran terus. Sempat juga melihat buku-buku lain menarik juga tetapi terpaksa letak semula.

Pemenang Sayembara UTM-Utusan

8.  Selepas membuat pembayaran, bergerak ke booth Gerak Budaya. Ada beberapa buku menarik. Tetapi difikirkan semula, baik saya beli online sahaja di lain masa. Cukup sekadar melihat bentuk fizikal buku dan isi kandungannya.

9.  Sebelum turun semula ke aras bawah, mengambil kesempatan berpusing-pusing sebentar di Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4. Terliur juga melihat buku-buku seberang dari Indonesia. Tetapi berdasarkan pengalaman lepas, lebih baik beli di kedai luar yang boleh dapat dengan harga yang lebih berpatutan.

10. Melihat jam yang sudah hampir pukul 1.45 petang, terasa cepat masa berlalu. Saya terus bergegas turun kembali ke Legar Putra. Tunai masih ada sedikit. Dalam mencelah orang ramai, saya ternampak buku-buku Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Al-Fadhil Ustaz Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri dengan harga pakej di booth Sumber Hukamah. Akhirnya, saya membeli beberapa buah buku dan majalah bulanan terbaharu, Al-Ustaz.

Buku Pilihan Ustaz Dr.Zul

11. Sebelum keluar dari pintu utama, baru teringat kembali senarai bahawa ada sesuatu di booth Inteam Publishing. Saya bergegas terus dan memperolehi apa yang saya hajati.

Menarik dari Inteam Publishing

12. Sebaik menghampiri pintu keluar, ternampak pula di Sarjana Media. Ada pelbagai jenis buku dari pelbagai penerbit. Akhirnya, saya menyambar tiga buah buku sahaja memandangkan tunai yang ada sudah menghampiri paras sasaran yang sepatutnya.

Dari Sarjana Media.

13. Bagi pengunjung yang menggunakan LRT diharapkan membeli token perjalanan pergi-balik atau memiliki kad Touch&Go agar memudahkan dan mempercepatkan perjalanan. Saya terkena apabila hampir setengah jam berdiri dalam kesesakan sambil bahu terasa sakit memikul buku yang berat menunggu giliran. Lebih malang apabila lorong bersebelahan di pertengahan mesin sudah memberi arahan hanya menerima syiling sahaja.

14. Sebaik tiba di rumah, hujan yang sungguh lebat membasahi bumi. Alhamdulilah.

TIPS#

1. Untuk memudahkan, buat perancangan awal dan buat sasaran buku apa, penerbit mana, tingkat berapa yang anda ingin pergi. Ia melalui banyak cara antaranya paling mudah meminta brosur peta di kaunter pertanyaan PWTC ataupun lebih mudah download floorplan list di laman kualalumpurbookfair.my. Ini akan membantu menjimatkan masa anda.

2. Lebih selesa, mungkin boleh merancang masa untuk pergi pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan.

3. Jika ingin memandu, alternatif terbaik mungkin boleh parkir kenderaan di Hentian Putra bertentangan bangunan PWTC.

5 thoughts on “Coretan sehari di PBAKL 2015

  1. assalamualaikum. tuan. saya mohon izin backtrack pautan laman tuan di blog saya ya. perkongsian baik tuan lhamparkan di sini. =)

  2. Salam saudara.. terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membeli Leksikon Ledang! Moga karya kecil ini bermanfaat🙂

  3. Waalaikumussalam. Sama-sama Pn.Azida. Namun, lebih utama sekalung tahniah daripada saya atas kemenangan puan. Dan tahniah sekali lagi atas produktiviti puan tahun ini kerana saya melihat begitu banyak karya puan diterbitkan melalui pelbagai jenis penerbitan. Saya doakan semoga terus sukses dalam menghasilkan karya sains fiksyen di Malaysia..

  4. Terima kasih saudara abdul.. saya memang peminat dunia sai fai.. bertemu pula dengan seorang lagi penggerak sai fai yang rajin iaitu Fadli al Akiti. Bacaan lebih lanjut mengenai penghasilan Leksikon Ledang, sudilah melawat blog fadliakiti.blogspot.com. terima kasih sekali lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s