10 Buku Berpengaruh

Apabila disebut tentang dunia buku, saya mengimbau kembali bagaimana berpengaruhnya persekitaran terhadap dunia membaca saya. Yang paling pasti, hobi membaca disemai daripada kedua-dua ibu bapa saya secara tidak langsung. Semasa masih kanak-kanak, corak pembacaan saya dipengaruhi oleh ayah yang selalu meminjam buku-buku dari pusat sumber sekolah semasa ayah masih menjadi seorang guru besar di sebuah sekolah rendah. Pada masa itu, saya mengenali pelbagai buku dan yang paling saya suka membaca buku hikayat lama mengisahkan kisah-kisah dongeng Kepulauan  Alam Melayu. Apabila sudah masuk sekolah menengah, saya sendiri sudah menilai bahan bacaan yang saya minati. Pada masa itu, saya lebih banyak membaca majalah seperti Mingguan Wanita dan Mastika yang dilanggan oleh ibu serta majalah DBP atas kehendak sendiri.

Kini, terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan dengan trend sekarang iaitu #icebucketchallenge yang melanda dunia tidak kira orang politik, ahli sukan, seniman dan ramai lagi dengan mengubahsuainya kepada men’tag seramai 10 rakan untuk menyenaraikan buku terbaik yang mempengaruhi hidup masing-masing.

Maka, dengan ini saya juga mencuri kesempatan untuk menyertainya cukup sekadar untuk memeriahkan semula teratak blog ini yang kian sepi daripada titipan bermanfaat.

Berikut senarai buku yang mempengaruhi minda dan jiwa saya :

1.   1515 (Faisal Tehrani)

1515Twist sejarah Melaka yang mengubah pandangan saya 360 darjah kepada novel tempatan. Semasa membeli buku ini, saya tidak pernah mengenali penulisnya. Hanya mengambil di rak bagi memenuhi masa kosong selepas habis graduasi. Namun, sebaik menamatkan pembacaan, nyata ia pencetus dan penyuburan semula amalan membaca sehingga sekarang. Semenjak itu, sentiasa dahagakan koleksi Faisal Tehrani yang sehingga kini hampir 90 % karya beliau sudah dimiliki.

 

2.  Da Vinci Code (Dan Brown)Da Vinci code

Sebelum membaca buku ini, sudah tercetus pelbagai reaksi dunia berkenaan filemnya yang ditayangkan di pawagam. Membaca buku ini hasil penemuan di rak buku Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI semasa semester 5. Pada masa tersebut adalah study week. Karya Dan Brown ini membuatkan saya terlupa buku kuliah sebaliknya mengulitinya siang dan malam. Sehingga menjejaskan masa makan dan tidur. Bayangkan bukunya yang tebal saya habiskan dalam 2 hari. Kagum dengan penulisan fakta yang difiksyenkan. (Kredit gambar: kaskus.co.id)

3.  Tetralogi Laskar Pelangi (Laskar Pelangi-Sang Pemimpi-Edensor-Maryamah Karpov) – (Andrea Hirata) 

Andrea-Hirata-dan-Song-Book-Laskar-Pelangi  (Kredit: Tribunnews.com)

Karya monumental dari Indonesia. Buah tangan pertama seorang sarjana ekonomi tetapi penuh kehebatan dengan penulisan aksara tersendiri dan kata-kata yang memikat pembaca. Tetralogi ini membuatkan saya mengimbau semula kepayahan dunia pendidikan dahulu sebagaimana yang pernah diceritakan oleh ayah dan warga veteran seangkatannya. Penuh humor. Falsafah. Menjentik minda dan rasa. Itulah penangan si penulis, Andrea Hirata. Dan membuatkan aku mengenali Pulau Belitong dan sejarahnya.

4.  Hafalan Shalat Delisa (Tere Liye)

Karya Tere Liye

Salah seorang penulis seberang yang saya kagumi selepas mengenali Andrea Hirata. Gaya bahasanya dan pemilihan kata-kata yang menyentuh dalam hati. Buku ini antara yang membuatkan saya mengalir air mata. Segala kisah dalamnya seolah-olah dunia nyata.

5.  Kaedah JIbril (Ustaz Asyraff bin Ayob)

Kaedah JibrilTerima kasih kepada Ustaz Asyraff kerana melahirkan teknik dan buku yang hebat ini. Teknik yang disampaikan sedikit sebanyak telah mengubah dan memperbaiki hafalan saya dalam usia yang kian meningkat sambil dihimpit komitmen keluarga dan kerja yang semakin mencengkam tanggungjawab. Terasa keajaiban apabila dapat mengamalkan apa yang dikongsikan.

6.  Memoir Seorang Guru (Allahyarham Hj. Azizi bin Abdullah)

Kisah pahit manis seorang bergelar pendidik. Pelbagai kisah murid mewarnai buku ini boleh menjentik jiwa dan hati seseorang yang ingin menjadi guru. Sebahagian kisah dalam buku ini sehingga sekarang menjadi pegangan kepada saya dalam mendidik anak bangsa.

7.  Ketupat Cinta (Faisal Tehrani)

Sekali lagi karya FT menjadi pilihan. Rasanya ini satu-satunya buku yang membuatkan saya senyum dan terkekeh-kekeh ketawa dengan watak serta perwatakan yang ada dalam novel ini. Sebuah satira politik yang mengeletekkan namun sinis dan tajam buat pihak yang berkenaan.

8.  Prof Dr Muhaya Sejernih Sinar Matamu (Rozninah Abd Azib)

Prof Muhaya

Sebuah memoir tokoh yang tidak asing dalam dunia motivasi, Prof. Dr Muhaya Muhammad. Antara karya yang wajib dibaca oleh semua individu lebih lagi pasangan suami isteri dalam membina mahligai keluarga. Banyak quote yang dikongsikan dalam buku ini sangat bermanfaat untuk difikirkan secara mendalam. Sambil berkongsi tentang sejarah kehidupan, ia juga boleh dikatakan sebuah buku motivasi secara tidak langsung.

9.  Aku, Buku dan Cinta (Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)

Aku, Buku dan Cinta

Salah satu buku yang wajib dimiliki oleh semua orang. Khususnya lagi kepada penggumpul buku. Dalam buku ini memuatkan kisah-kisah menarik tentang dunia buku dan sifat membaca para ilmuan zaman dahulu khususnya era Salafus Soleh. Rasa tergamam dan takjub dengan kehebatan para ulama menuntut ilmu. Lebih menarik, penulis memuatkan kriteria buku yang perlu dibaca mengikut tahap kemampuan seseorang. Selepas membaca buku ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam pemilihan bahan bacaan.

10. Diari Hidup Rasulullah saw (Muhammad Abd.Syukur-Muhammad Muslih Aziz-Muhammad Syamsul Yakin)

Diari Nabi saw

Setelah dicari-cari dan difikirkan untuk melengkapkan senarai ini, akhirnya saya memilih buku ini yang sepatutnya di No.1 kerana betapa besar impak buku ini terhadap gaya hidup atau amalan kehidupan sehingga sekarang. Buku ini nipis tetapi begitu sarat dengan ayat-ayat yang memotivasikan untuk berubah mengikut sunnah 7 amalan hidup seharian Baginda Nabi saw.

Demikianlah apa yang saya boleh kongsikan walaupun sebenarnya tidak adil dengan senarai di atas. Kerana lebih banyak buku lain yang juga banyak mencorak pemikiran dan jiwa saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s