Beli keperluan di Mahnaz Food

Papan iklan untuk ke Mahnaz Food

Papan iklan untuk ke Mahnaz Food (kredit:http://kucingtanah.blogspot.com)

Cuti sekolah berbaki beberapa hari sahaja lagi. Mulai Isnin hadapan, sudah bermula kembali rutin harian di sekolah. Maka, mengambil kesempatan sebelum terbang balik kembali ke Sarawak, petang tadi pada mula perancangannya ingin membeli beberapa barang keperluan untuk bulan Ramadan tahun ini yang semakin dekat di pasaraya terdekat.

Terima kasih kepada Makcik Ina, rakan kenalan mak mertua yang mempromosi dan sudi memberi tunjuk jalan ke satu tempat yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Lembah Klang untuk membeli barang keperluan dari Timur Tengah yang dijual pada harga yang istimewa. Buat pertama kali ke sini. Sedikit teruja melihat produk yang dijual seperti kepelbagaian jenis kurma, manisan, buah kering, kekacang, jus dan banyak lagi.

Buahan Kurma & Kurma

Buahan Kering & Kurma

Saiz kismis yang pelbagai

Saiz kismis yang pelbagai

Zon buahan kurma kering

Zon buahan kurma kering

Kedainya yang luas sedikit kelihatan seperti gudang. Dari jalan raya, akan ternampak nama kedai ini Mahnaz Food. Bagi yang pertama kali ingin ke sini, boleh menggunakan Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam. Sebaik melepasi Tol Batu Tiga, susur keluar ke kiri mengikut Jalan Batu Lama, Shah Alam. Beberapa petunjuk untuk ke Mahnaz Food akan kelihatan pada papan iklan di tepi jalan raya sedikit sebanyak akan membantu pengguna untuk sampai ke kedai tersebut.

Alamat : No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia (Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Batu Tiga, Sec 16)

Bagi yang gemar masakan Arab, boleh mendapatkan pelbagai jenis bahan masakan Arab di sini. Antaranya rempah tandoori, rempah Nasi mandi, rempah Nasi Kabsah, cuka kurma, minyak zaitun dan pelbagai lagi.

Rempah Arab

Rempah Arab

Rasanya agak berbaloi untuk mendapatkan beberapa barang keperluan khususnya bulan Ramadan yang sudah semakin hampir. Insha Allah, jika masih diberi kesempatan boleh bertandang lagi ke sini di lain masa.

1 thoughts on “Beli keperluan di Mahnaz Food

  1. Excellent beat ! I would like to apprentice while you amend your web
    site, how could i subscribe for a weblog web site? The account aided me a acceptable deal.

    I were tiny bit acquainted of this your broadcast offered brilliant clear idea

Tinggalkan komen