26 APRIL : MEMBURU BUKU LAGI!

Pesta-Buku-Antarabangsa-Kuala-Lumpur-2014-PBAKL

Bagi yang masih belum mengetahui, sekarang masih berlangsungnya pesta buku terbesar dalam negara Malaysia iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (2014) di PWTC, Kuala Lumpur. Besok merupakan hari terakhir selepas hampir 9 hari bermula 24 April yang lepas.

Alhamdulilah, pada tahun ini masih diberi kesempatan untuk menginjakkan kaki ke sana pada hari ke-3 iaitu pada hari Sabtu. Tiket penerbangan yang sudah dibeli 6 bulan lebih awal berdasarkan firasat tarikh pesta buku yang masih belum dinoktahkan pada masa itu. Dapat kami sekeluarga untuk balik sebentar ke Kuala Lumpur. Walaupun tidak berasa puas, kerana masih ada beberapa buah buku ataupun booth tidak sempat disinggahi, namun saya akur dengan buku yang berjaya dimiliki selepas berhempas pulas dalam kesesakan orang ramai sambil melayan karenah anak-anak yang tidak selesa dengan persekitaran sesak sebegitu. Berdasarkan statistik pengunjung yang dikeluarkan oleh penganjur di laman fb mereka menunjukkan bahawa pada hari berkenaan jumlah pengunjung mencecah 258,754 orang.

Seperti tahun yang lalu, booth pertama menjadi pilihan adalah ITBM. Beberapa minggu sebelumnya, sudah merencana senarai buku yang ingin dibeli. Lebih menguntungkan, menerima emel daripada pihak ITBM dengan tawaran khas diskaun 50 % untuk pembelian buku mereka sepanjang PBAKL berlangsung. Syukur, ini banyak menjimatkan bajet untuk mendapatkan buku di booth yang lain. Di situ, sempat bertembung dengan orang hebat dalam dunia kesusasteraan Melayu seperti Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh, Rahimidin Zahari, Khalid Salleh dan beberapa orang lagi.

Selepasnya, saya membawa isteri dan anak-anak ke booth Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gerak Budaya (GB). Seperti biasa di booth GB sentiasa menawarkan buku-buku yang sukar untuk diperolehi di pasaran dan kebanyakan buku yang ada memang mencelikkan mata berdasarkan kupasan isu/bidang yang dibukukan. Dalam mencari-cari, kedua-dua orang anak sudah mula meragam membuatkan langkah dipercepatkan mencari booth seterusnya. Hanya sempat singgah sebentar ke Dubook Press kerana semata-mata ingin mendapatkan buah tangan baharu seorang penulis prolifik yang panas dengan isu fahaman agamanya.

Tidak sempat lagi untuk meninjau booth seterusnya seperti Galeri Ilmu, Pustaka Cahaya Kasturi, Readnetwork, GreenDome dan penerbit buku-buku universiti (MAPIM) dan juga buku keagamaan seperti JAKIM dan IKIM atas desakan anak yang sudah bertangisan. Harap boleh jumpa lagi di PBAKL tahun yang akan datang.

Buku-buku itbm

Hasil perolehan dari ITBM

Buku DBP

DBP juga menawarkan diskaun hebat berdasarkan tahun penerbitan. (20%-50%-70%). Tak sempat nak sambar majalah-majalah DBP yang juga ditawarkan dengan harga yang mengujakan.

Buku dari GB

Hasil perolehan di booth Gerak Budaya (GB). Menyesal pula tidak mengambil buku Biografi awal Tuan Guru Nik Aziz yang juga kelihatan. Namun, berpuas hati kerana dapat ‘Gelombang Kebangkitan Asia’. Buku fenomenal dari Anwar Ibrahim suatu ketika dulu walaupun dalam cetakan kulit depan yang terkini.

Buku panas

Semata-mata hanya ingin buku FT dan Zahiruddin Zabidi ini. Buku Jiwa Merdeka untuk mencukupkan promosi RM50 (mana-mana 3 buah buku) tawaran oleh Dubook Press. Banyak orang muda di booth ini. Sempat juga melihat Ana Rafali menandatangani buku baharu beliau.

Buku dari PM

Keluar dari PWTC, isteri beli keperluan di Jalan TAR, ini pula hasil tangkapan di Pustaka Mukmin.

Sekarang adalah masa untuk membaca. Harap mempunyai kelapangan masa untuk menghadam semua buku yang sudah dibeli.

2 thoughts on “26 APRIL : MEMBURU BUKU LAGI!

  1. Pingback: POLITIK KANDANG : George Orwell (ITBM) | Perspektif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s