Pengalaman pertama ke Big Bad Wolf Booksale – 2013

bigbadwolf

Alhamdulilah, setelah beberapa tahun tidak berkesempatan, akhirnya tahun ini berjaya menjejak kaki ke pameran buku yang sangat dinanti-nantikan yakni Big Bad Wolf Books di MIECC, Seri Kembangan. Mengikut perancangan awal, ingin pergi keseorangan tetapi anak gadis yang sulung sudah bertangisan ingin mengikut ayahnya. Setelah beberapa kali pujukan, akhirnya berkeputusan membawa puteri kesayangan untuk ikut bersama.

Trafik yang lancar dari Kelana Jaya melalui lebuhraya Puchong-Bukit Jalil menyebabkan dalam masa beberapa minit perjalanan sudah selamat sampai di The Mines. Nyata sekali perjalanan dipermudahkan lagi dengan tidak menghadapi masalah mencari tempat parkir kereta yang banyak. Mungkin perjalanan yang agak awal sebelum semua orang balik bekerja pada pukul5 menyebabkan parkir mudah diperolehi.

Sebaik melangkah masuk, saya terus mencari bahagian Biografi/Memoir ataupun Reference. Syukur, keadaan yang tidak terlalu sesak menyebabkan hajat saya tercapai. Anak yang sudah tertidur semenjak dari dalam perjalanan lagi menyebabkan saya mudah untuk mencari mana-mana buku yang menarik dengan penggunaan Booba. Rasa tergamam seketika apabila melihat buku yang biasanya kulit keras harga mencecah puluhan dan ratusan ringgit dijual dengan hanya dalam RM 8 – RM30 sahaja. Terasa mata berpinar-pinar seketika. Setiap meja saya redah dan lihat buku-buku yang ada. Memang berpuas hati. Akhirnya, setelah berpusing-pusing hampir dua kali, saya tekad untuk membeli mana-mana buku yang sudah berkenan di hati. Cuma agak terkilan kerana sudah tidak berjaya menemui ada sebuah buku yang mengisahkan tentang seorang wanita dari bandar yang memencilkan diri dengan membina rumah di pedalaman Ireland (tidak ingat tajuk bukunya). Berpusing-pusing banyak kali masih juga tidak menemui buku tersebut. Timbul penyesalan kerana tidak mengambil terus ketika membeleknya saat awal tiba.

BBW 2013Pengunjung yang memilih buku

Setelah itu, saya mula berkeliaran di bahagian buku kanak-kanak. Dalam masa beberapa minit, saya sudah menggendong kotak yang hampir dipenuhi buku anak-anak. Kemudian dalam anak yang masih tidur, saya berkeliaran ke bahagian buku-buku fikyen namun tidak banyak yang menarik minat membuatkan saya kembali ke bahagian yang awal. Apa yang saya perhatikan, banyak buku menarik khususnya berkenaan sejarah, arkitektur dan masakan dengan kulit keras, saiz besar dan halaman yang berwarna dengan kertas berkualiti tinggi. Bagi pengemar bahagian ini, sudah pasti tidak melepaskan peluang yang cukup berharga ini.

03 01
Menariknya BBW ini adalah jika diamati, mereka amat mementingkan keselesaan pengunjung dengan menawarkan pelbagai kemudahan seperti kerusi urut, tapak permainan kanak-kanak dan tempat makan khususnya kepada pengunjung yang ingin berehat dan membawa anak-anak kecil. Selain itu, mereka juga menyediakan kotak bagi memudahkan pengunjung membawa buku dalam kuantiti yang banyak. Memang tidak asing kepada pengunjung tahunan yang membawa beg troli berlegar-legar mencari buku.

20131206_182412

Kotak disediakan untuk mengisi buku

Sebelum beredar, saya membawa anak yang sudah bangun tidur pergi ke bahagian tepi untuk menyemak buku-buku yang ingin dibeli. Setelah membelek-belek buku tersebut dan berpuas hati, kami pun terus pergi ke kaunter pembayaran yang agak lengang. Alhamdulilah, mudah urusannya dan kesemua buku hanya dalam RM 150++ sahaja. Woww..punyalah banyak buku. Terus niat di hati, insha Allah tahun hadapan kembali lagi. Hehe.

04 05 06

Senarai buku yang dibeli (tidak termasuk buku anak-anak) :

1. Paulo Coelho a Warrior’s Life (Fernando Morais)

2. Stieg from Activist to Author (Jan-Erik Patterson)

3. The Dark Tourist (Dom Joly)

4. The Know-It-All (A.J. Jacobs)

5. Hello Dubai (Joe Bennett)

6. Salmon Fishing in the Yemen (Paul Torday)

7. Story and Character : Interview with British Screenwriter (Alistair Owen)

8. Sacred Places (Philip Carr-Gomm)

Hajat sudah tercapai. Boleh balik dengan senyuman. Sebagai ganjaran kepada si kecil yang sudah menemani ayahnya, membawanya makan di KFC, The Mines. Jumpa lagi serigala!!

07

Puteri kesayangan, Nurin Aimy

20131207_005652Penanda buku secara percuma

Advertisements

2 thoughts on “Pengalaman pertama ke Big Bad Wolf Booksale – 2013

  1. Assalamualaikum. Pertama kali pergi BBW. Sememangnya sangat gembira apabila berada dalam lautan buku sebegitu. Insha Allah, tahun hadapan jika ada hendak pergi lagi 😀

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s