HARI KE-2 : MEMBURU BUKU DI PBAKL 2013

3 Mei 2013. Saya telah memberitahu isteri untuk pergi lagi ke PBAKL secara berseorangan. Alhamdulilah, isteri memberikan lampu hijau. Kali ini saya keluar awal dengan memandu dari rumah pada pukul 10.00 pagi. Sekali lagi parkir kereta di Terminal Bas Putra dan syukur masih banyak parkir yang kosong.

Saya terus berjalan pantas menuju ke booth ITBM kerana mereka sedang mengadakan jualan diskaun 40 % untuk semua buku selama sejam dari 10.30-11.30 pagi. Sampai sahaja di booth ITBM, saya terus ke rak-rak buku yang ada. Memang menguji keimanan dan duit poket. Semua pilihan buku ada kekuatan dan daya tarik tersendiri. Kalau diikutkan hati, banyak buku yang ingin diborong. Tetapi bajet yang terhad membuatkan diri membuat pilihan yang sewajarnya. Akhirnya inilah buku-buku yang diperolehi di booth ITBM dengan kesemuanya RM 250.00 tetapi selepas diskaun, harga perlu dibayar hanyalah RM 150 sahaja. Memang berbaloi.

Buku terbitan ITBM

Buku terbitan ITBM

Buku Bersiri Terbitan ITBM

Sebaik sahaja membuat pembayaran dan mengisi borang peraduan ITBM, saya berhajat untuk ke booth seterusnya yakni DBP. Apabila melangkah keluar, saya melalui booth Gerak Budaya (GB) di bahagian belakang booth ITBM. Niat awal terus terbatal. Singgah sekejap di GB tetapi terus melekat lama kerana ada banyak buku-buku yang unik dan sukar untuk didapati di pasaran khususnya karya dari Indonesia. Ada banyak buku-buku Pramoedya Ananta Toer dijual. Selain itu, buku berkaitan ketokohan dan perjuangan era Suharto juga ada. Setelah melihat tawaran yang ada, akhirnya saya memilih buku-buku di bawah dari booth GB.

Dari booth GB

Dari rak buku GB

Dari rak buku GB

Kaki terus melangkah pantas ke booth DBP kerana jam sudah menginjak pukul 12.10 tengahari. Saya perlu cepat kerana perlu keluar awal untuk balik menunaikan solat Jumaat. Di booth DBP, tidak banyak pilihan yang ada. Kebanyakannya novel-novel remaja. Setelah berlegar-legar akhirnya membeli buku Menjelajah India dan Berbasikal ke Artik serta beberapa majalah DBP.

Pilihan buku dan majalah DBP

Pilihan buku dan majalah DBP

Tanpa melengahkan masa, saya terus turun ke aras bawah semula untuk ke booth Galeri Ilmu untuk mendapatkan buku-buku terbaharu keluaran mereka. Buku-buku keluaran Galeri Ilmu merupakan salah satu pilihan buku yang sentiasa menarik hati saya. Dari segi reka bentuk muka hadapan, ketebalan buku, reka bentuk  tulisan yang digunakan serta barisan penulis yang hebat, semuanya membuatkan pembelian buku mereka sentiasa berbaloi. Dengan bajet yang sudah menipis, saya hanya memilih yang terbaik daripada banyak pilihan yang ada. Akhirnya saya hanya membeli Aroma Antara Benua, Di Mana Bumi Dipijak dan Diari Seorang Diplomat Hikmah Yang Tersirat.

Dari booth Galeri Ilmu

Dari booth Galeri Ilmu

Maka, dengan segala bajet yang sudah ditetapkan yakni RM 400.00 untuk pesta buku kali ini, saya amat berpuas hati dengan pilihan buku yang diperolehi walaupun ada beberapa buah buku lagi tidak berada dalam genggaman.

Hasil borong PBAKL 2013

Hasil borong PBAKL 2013

Jumpa lagi PBAKL yang tak pasti bila dapat bersua lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s