PBAKL’13 : Kunjungan pertama

Alhamdulilah..setelah hampir 5 tahun tidak menginjak kaki ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), tahun ini hajat untuk merasai kemeriahan pesta tersebut tercapai jua. Kebetulan bapa mertua yang baru sahaja membuat pembedahan laser di bahagian mata, kami mengambil keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur. Seperti perumpamaan sambil menyelam minum air, ingin ke PBAKL kali ini.

PBAKL mula berlangsung pada 26 April 2013 sehingga 5 Mei 2013, kemudian diawalkan kepada 4 Mei 2013 pada saat-saat terakhir bagi memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk pergi mengundi bagi PRU-13. Mengambil penerbangan pada malam Selasa kerana pada hari Rabu, adalah cuti am bagi seluruh Malaysia bagi meraikan Hari Buruh. Sudah dalam perancangan, tidak mahu mengajak isteri dan anak2 untuk ke PWTC  pada hari Rabu kerana sangat yakin para peminat buku akan mengambil peluang tersebut untuk ke sana. Ternyata, pada wall fb PBAKL  esoknya ramalan tepat kerana hari tersebut adalah satu-satunya kehadiran yang paling tinggi sepanjang PBAKL’13 berlangsung.

2 Mei 2013. Saya mengambil keputusan membawa isteri dan anak2 untuk ke PWTC dengan memandu kenderaan sendiri. Kami bertolak dari Kelana Jaya agak lewat iaitu pukul 11.30 pagi dan sampai di PWTC lebih kurang pada jam 12.50 tengahari dengan trafik yang agak lancar kecuali apabila sudah berhampiran bangunan PWTC yang agak sesak. Buat pertama kali memandu sendiri, kerana sebelum ini pernah datang ke PWTC hanya menaiki transit aliran ringan (LRT) sahaja. Hanya mengikut firasat hati terus ke bangunan Terminal Bas Putra untuk memarkir kereta. Setelah hampir 10 minit berpusing-pusing dalam terminal tersebut, akhirnya mendapat kawasan parkir yang selesa.

Hati melonjak riang sebaik sahaja melihat orang ramai di perkarangan PWTC. Ada yang baru sampai seperti kami. Ada yang sudah menjinjing beg plastik yang sarat dengan buku-buku keluar  membuatkan perasaan tidak sabar untuk menginjak kaki ke dalam bangunan PWTC. Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, nampak booth yang menjual Al-Quran digital, booth Inteam-Publishing di sebelah kiri dan Pustaka Salam yang bertentangan. Ramai rombongan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang riuh dengan pilihan buku masing-masing. Menelusuri di celah-celah orang ramai, terus ke kaunter pertanyaan untuk mendapatkan peta booth-booth penerbit buku bagi memudahkan perjalanan.

Karya Zahiruddin Zabidi

Karya Zahiruddin Zabidi

Dari satu booth ke booth yang lain, akhirnya kaki terhenti di booth yang menjual buku-buku agama dari Indonesia. Terliur juga melihat kitab-kitab besar agama Islam yang tersusun rapi di rak-rak sedia ada. Hanya memegang dan melihat buku-buku yang ada. Harganya agak mahal berbanding dengan tawaran Fajar Ilmu Baru walaupun selepas harga diskaun. Di Alam Raya Enterperise, saya menyambar buku KEMI dan KEMI 2. Sudah lama mencari karya Adian Husaini tersebut. Tidak ketinggalan saya dapatkan buku Cerita Kak Wan yang mengisahkan kehidupan isteri Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dari Alam Raya Enterprise

Dari Alam Raya Enterprise

Pergerakan seterusnya ke booth ITBM yang merah menyala, memikat mata pengunjung. Pada masa tersebut, sedang berlangsung bual bicara bagi aktiviti Wawancara Sofa Putih ITBM bersama panelis Dr. Kamariah Kamaruddin, Dr. Mawar Shafei dan Ustaz Abu Hassan Morad yang dikendalikan oleh individu tidak asing lagi yakni Sayed Munawwar. Agak kelewatan untuk mengikuti diskusi tersebut tetapi pandangan dan hujah daripada panelis agak menarik kerana topiknya adalah “Pelajar Sastera: Masa Depan Optimis @ Pesimis” amat dekat dengan jiwa saya sebagai seorang pendidik di sekolah menengah.

Wawancara Sofa Putih ITBM

Wawancara Sofa Putih ITBM

Usai sahaja wawancara tersebut, anak kedua sudah mula merengek dan tidak sihat. Terasa suhu badannya yang tinggi. Saya dan isteri terus mengambil keputusan untuk balik sahaja walaupun di mata sudah rambang dengan buku yang ada di rak buku ITBM. Kami keluar tepat pukul 1.45 petang dan memujuk diri menjamu tengahari di Nasi Kayu Kandar di SS2, Petaling Jaya.

Hajat di hati masih belum kesampaian.

PBAKL’13, tunggu kedatangan saya untuk keesokan harinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s