Pelaku dosa dan maksiat

taubat1

Selagi bergelar manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat secara sedar ataupun tidak. Saya akui kelemahan diri ini yang sering gagal menangani kehidupan tanpa dosa. Tidak kira ia berlaku sama ada dari pandangan mata, pendengaran, butiran kata-kata dan anggota yang lain. Apabila dikuasai oleh nafsu dan pujukan musuh manusia, syaitan laknatullah, saya hilang rasa malu untuk melakukan dosa walaupun akidah kita dipaterikan bahawa Allah itu Maha Mengetahui segalanya apa yang berlaku di langit dan bumi, yang terang mahupun yang tersembunyi.

Namun seperti biasa, selepas melakukan dosa dan maksiat saya akan mulai sedar kembali bahawa diri telah terjebak dengan perkara mungkar. Timbul rasa penyesalan dan malu akan apa yang sudah berlaku. Ia seterusnya mengajak diri untuk sujud memohon keampunan  daripada-Nya. Di sini akan terasa sayang dan cinta-Nya kepada para hamba-hamba-Nya yang menyesal perbuatan mereka. Lagi menambahkan rasa malu dan segannya saya sebagai hamba kepada-Nya. Titisan air mata penyesalan jatuh agar dosa-dosa sebelumnya diampunkan oleh-Nya. Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

Sebagaimana disebutkan dalam hadith Qudsi, Nabi saw bersabda dari apa yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, baginda bersabda:

“Dahulu, ada seorang yang telah berbuat dosa. Setelah itu, ia berdoa dan bermunajat; ‘Ya Allah, ampunilah dosaku! ‘

Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya hamba-Ku mengaku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa atau memberi seksa karena dosa.”

Kemudian orang tersebut berbuat dosa lagi dan ia berdoa; “Ya Allah, ampunilah dosaku!”

Maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hamba-Ku telah berbuat dosa, dan ia mengetahui bahwasanya ia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa atau menyeksa hamba-Nya karena dosa….

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis di atas, peringatan kepada diri saya yang hina ini dan sesiapa sahaja di luar sana mengalami situasi yang sama, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya yang lemah dan menginsafi diri. Dan Allah swt tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-Nya selagi seorang itu terus istiqamah memohon keampunan daripada-Nya. Ingin saya peringatan diri saya sendiri sekali lagi agar kita bersama-sama memohon keampunan daripada-Nya dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh setiap masa dan jika boleh, setiap hari agar diri kita terselamat daripada sebarang sifat tercela.

Sesungguhnya, maksiat tidak pernah memberikan sebarang nilai tambah kepada amal timbangan walaupun ia manis dan nikmat dilakukan. Beberapa minit yang lepas, saya terbaca satu ungkapan hebat daripada seorang ulama yang tidak asing yakni Ibnu Qayyim Rahimahullah akan kesan maksiat dalam kitab beliau Faraid seolah-olah tahu diri ini dirundung dalam perasaan bersalah dan berdosa. Ibn Qayyim menyebut bahawa ;

“..antara kesan maksiat adalah pelakunya tidak banyak mendapatkan petunjuk, fikirannya kacau, ia tidak melihat kebenaran dengan jelas, hatinya rosak, daya ingatannya menjadi lemah, waktunya hilang sia-sia, dibenci manusia, hubungan dengan Allah renggang, doanya tidak dimakbulkan, hatinya keras, keberkahan rezeki dan umurnya musnah, diharamkan mendapatkan ilmu, hina, dihinakan musuh, dadanya sesak, diuji dengan teman-teman yang jahat yang merosak hati dan mensia-siakan waktu, cemas berpanjangan, sumber rezekinya ditarik, dan hatinya tergoncang. Maksiat dan lalai membuatnya lupa dzikir kepada Allah, sebagaimana tanaman tumbuh kerana air dan kebakaran terjadi kerana api.”

Ya Allah, begitu binasanya kesan perlakuan maksiat dalam kehidupan. Ya Allah, ampunilah aku, Sesungguhnya, aku telah melakukan perkara yang Engkau mahu hamba-Mu jauhi. Astarghfirullah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s