Kembali kah?

Ah..lama sungguh tidak bermain kata-kata di teratak sunyi ini. Ia dibiarkan sepi tanpa jagaan yang penuh kasih sayang seperti dulu. Ketika di awal memasuki dunia blog ini, ia hanya permainan sekadar mengisi masa terluang setelah tamat pengajian ijazah. Bermula dengan coretan yang lebih mengajak kepada perkongsian ilmu, seterusnya melatari seputar kehidupan, kemudian fokus kepada bicara-bicara buku. Alhamdulilah, di situlah bangkitnya keseronokan dan keupayaan untuk menulis blog secara aktif. Alhamdulilah, ulasan-ulasan buku disambut pengunjung yang sudi berkongsi. Bertukar-tukar pandangan mengenai minat yang sama malahan tidak keberatan ada para penulis singgah untuk menitipkan penghargaan. Ia seterusnya menerbitkan rasa yang indah sekaligus melahirkan semangat untuk mengulas dan menulis di teratak ini secara konsisten.

Dengan penuh kedamaian, tiba-tiba angin dari Barat bertiup perlahan-lahan membawa bersama pengaruh baharu dalam dunia IT yakni ciptaan Mark Zuckenberg, Facebook. Gejala ber’facebook‘ telah banyak mencuri dan menjejaskan produktiviti dalam penulisan blog. Kemudahan yang ada pada facebook yang ringkas, cepat dan mudah digunakan menjadi salah satu faktor ia menjadi medan untuk berkongsi apa sahaja menggantikan teratak ini.  Namun, kehidupan perlu diteruskan dengan sekali sekala menjenguk ke halaman blog ini. Anda sendiri boleh saksikan bagaimana kadar entri terbaharu semakin berkurang tahun demi tahun.

Sempena 1434H yang tidak lama lagi, cuba beriltizam untuk membahagikan kasih sayang yang sama rata kepada teratak ‘Perspektif’ ini agar ia tidak terus merajuk dan dipinggirkan. Semoga beroleh kekuatan. Jumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s