DIARI MUSAFIR : JANGAN BERHENTI BERLARI

Image

Tajuk : Diari Musafir Jangan Berhenti Berlari

Penulis : Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Muka surat : 431 ms

Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Alhamdulilah..pembacaan buku ini memberikan satu kepuasan kepada diri. Banyak kata-kata nasihat, falsafah dan motivasi disampaikan oleh penulis untuk memuhasabahkan diri ke arah yang lebih baik. Apabila usai membacanya, terus niat di hati untuk bersama-sama berjuang menegak amar makruf dan nahi mungkar. Tidak ketinggalan, timbul keinginan lain untuk mendapatkan buku yang lain daripada penulis untuk mendalami ilmu-ilmu perbankan dan kewangan Islam yang sebelum ini tidak pernah berkeinginan mengambil tahu secara lebih mendalam.

Buku ini boleh diibaratkan sebagai satu perjalanan kehidupan penulis dari sisi sebagai seorang pelajar (pengajian) dan juga dalam kerjaya.

Maka, boleh dikatakan buku ini amat sesuai dibaca dan dijadikan motivasi kepada para pelajar siswazah dalam mengejar ilmu demi pembangunan diri dan negara. Dalam bahagian ini, penulis berkongsi sikap yang harus dimiliki oleh pelajar untuk berjadi berjaya. Ini berdasarkan kepada kegigihan penulis dalam menuntut ilmu walaupun cuba dipandang rendah rakan berlainan negara. Bahagian yang paling menyentuh jiwa dan keimanan adalah kata-kata motivasi diri oleh penulis dalam bab pertama ‘Kisah Saya dan Motivasi Diri’.

Di samping itu, dalam bahagian awal ini penulis turut banyak berkongsi berkenaan budaya setempat sepanjang beliau membuat pengajian di UK. Melalui perkongsian ini, pembaca akan berasa lebih dekat dengan budaya orang luar yang ada beberapa daripadanya boleh dicontohi dan juga sebaliknya. Antaranya sikap busybody atau dalam perumpamaan Melayu ‘menjaga tepi kain orang‘ masyarakat UK yang tinggi dalam hal yang bercanggah dengan nilai murni. Di sana masyarakatnya dikatakan akan terus membuat laporan polis jika ada kejadian seperti memukul anak dengan berlebihan,pemanduan yang tidak berhemah, parkir di tempat yang salah malahan anak-anak yang menangis dalam satu jangka masa yang lama walaupun tidak didera juga diambil berat. Tidak ketinggalan, penulis berkongsi sikap anti-Islam juga ada dalam kalangan warga asing di sana.

Tambahan lagi, banyak perkongsian lain yang menarik turut dikongsikan berkenaan budaya asing orang luar. Tetapi yang lebih penting, pembaca disuguhkan dengan penggunaan masa yang cukup efektif oleh penulis sepanjang bergelar pelajar namun, masih berkesempatan bertebaran mengelilingi Eropah untuk menyampaikan ilmu dan dakwah khususnya berkenaan kewangan Islam.

Dalam bahagian kerjaya, penulis lebih banyak mengisahkan tentang perjuangan beliau dalam menyampaikan dan memperjuangkan kepentingan ilmu membabitkan kewangan Islam kepada masyarakat Malaysia. Maka, banyak ilmu-ilmu yang berkait dengan muamalat dimuatkan secara ringkas. Apabila membaca bahagian ini, saya mula mengenali betapa pentingnya ilmu muamalat untuk dipelajari demi keberkatan rezeki menuju akhirat kelak. InsyaAllah, akan cuba mendapatkan buku-buku lain Ustaz Zaharuddin terutamanya berkait sistem kewangan Islam.

Setiap orang wajib memiliki naskhah ini.

2 thoughts on “DIARI MUSAFIR : JANGAN BERHENTI BERLARI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s