Makna sambutan tahun baharu

Dalam masa beberapa jam sahaja lagi, bakal meninggalkan tahun 2011 yang menyimpan pelbagai kenangan kepada individu yang berlainan. Di laman sosial seperti facebook dan twitter, ramai pengguna membuat ucapan selamat tahun baharu dan tidak ketinggalan ada yang menyatakan azam tahun 2o12 yang bakal menjelang.

Setiap manusia tak kira usia dan bangsa masing-masing menyimpan keinginan yang ingin digapai. Tetapi, tujuan saya menulis entri ini bukan untuk berkongsi apa ‘azam’ saya. Sebenarnya ingin mengajak anda untuk merenung kembali berkenaan sambutan tahun baharu setiap tahun. Melalui kepimpinan yang sekular, kita dapat melihat kini segelintit anak muda lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah. Hiburan di media yang melampau. Dicurahkan lagi dengan lambakan bahan tidak bermoral di majalah dan internet membuatkan gejala hedonisme semakin menjadi-jadi.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, menunjukkan peningkatan 44.0 % kadar kelahiran anak luar nikah di Malaysia dari tahun 2005-2009. Kebanyakan kelahiran ini berlaku kesan daripada sambutan atau pesta seperti Valentine’s Day, malam kemerdekaan dan tidak ketinggalan ambang malam TAHUN BAHARU. Tidak menghairankan di media dihebohkan dengan anak luar nikah atau kes pembuangan bayi di antara bulan Ogos sehingga September.

Gejala ini ditambahkan lagi virusnya oleh badan-badan yang tidak bertanggungjawab membuat penajaan menganjurkan pesta Tahun Baharu di pelbagai tempat dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Tidak dinafikan, pada malam sebegini akan dihancurkan lagi oleh minuman keras dan pil khayal.

Walau bagaimanapun, dalam kebimbangan dengan isu sambutan tahun baharu ini, kekecewaan saya sedikit terubat apabila kerajaan negeri Selangor yang kini di bawah pimpinan Pakatan Rakyat mengambil pendekatan alternatif yang lebih baik dalam menyambut malam tahun baharu. Misalnya, pada masa sekarang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sedang berlangsungnya “Countdown 2012”. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan lebih banyak mengajak masyarakat awam mendekatkan diri kepada-Nya seperti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, sembang santai bersama Ustaz Syed Norhisham dan Imam Muda Asyraff serta persembahan muzik ketuhanan oleh Sham Kamikaze dan Shahir.

Sekurang-kurangnya dengan upacara sambutan tahun baharu sebagaimana dianjurkan oleh Kerajaan Selangor ini mampu menyelamatkan umat Islam daripada lalai mengingati Allah swt sekaligus mengurangkan gejala-gejala sosial yang semakin menakutkan. Semoga negeri Selangor terus berkah dan jauh ditimpa bencana serta menjadi contoh kepada negeri lain lebih-lebih lagi negeri Sarawak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s