Ulasan : Ketika Alam Bertasbih

Mungkin kita sepatutnya berasa bersyukur atas faktor geografi, Malaysia tergolong dalam zon bebas daripada bencana alam. Walau bagaimanapun, negara ini juga tidak terkecuali daripada fenomena bermusim khususnya banjir di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2010, masyarakat dunia menumpang simpati sehingga pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan kutipan dana dan derma daripada orang awam dan syarikat korporat bagi membantu mangsa banjir di Pakistan. Banjir besar di negara tersebut telah banyak memusnahkan kawasan penempatan, ladang ternakan dan tanaman malahan lebih buruk meragut ramai nyawa dan dikatakan ia mencecah angka melebihi 1,000 mangsa.

Pertengahan Oktober 2011 pula, negara jiran kita yakni Thailand dikejutkan dengan banjir besar sehingga menyebabkan situasi ekonomi mereka  jatuh teruk akibat kerugian yang tinggi iaitu sebanyak RM 12.9 bilion. Tempiasnya masyarakat Malaysia mengalami kekurangan bekalan makanan basah seperti ikan dan sayur-sayuran.

Itu adalah beberapa contoh bencana yang melanda negara luar. Pernah kita terfikir mengapa dan bagaimana kejadian buruk ini boleh melanda? Maka, jawapannya serba sedikit boleh dirungkaikan melalui buku KETIKA ALAM BERTASBIH. Melalui buku ini, beberapa maklumat baharu dapat diperolehi daripada buah tangan Tuan Mohd Fadzil Akhir.

Dalam buku ini, pembaca akan didedahkan dengan kehebatan ciptaan Allah swt melalui petikan al-Quran yang mengungkapkan tentang kejadian alam. Ini dibuktikan melalui petikan ayat ke-21, surah az-Zumar : Allah berkata “Apakah kamu tidak memperhatikan, sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi”. Maka dengan ini, menurut penulis Al-Quran telah memberi gambaran cukup sempurna berkaitan proses bagaimana air terhasil melalui kitaran hidrologi. Dengan kitaran itu, air sentiasa ada di bumi dari ratusan tahun dahulu sehingga sekarang. Kadar air yang sentiasa mencukupi ini semuanya dibuktikan lagi dengan ayat ke-18 surah al-Mukminun.

Antara lain yang lebih menarik perhatian saya adalah berkaitan kejadian Gulf Stream. Istilah ini telah dicetuskan oleh Benjamin Franklin pada tahun 1777  atas pemerhatian dan kajian yang dilakukan beliau berkaitan pergerakan arus yang unik kerana alirannya memiliki perbezaan dengan air laut di sekitarnya. Gangguan yang berlaku ke atas Gulf Stream ini boleh mencetuskan gangguan iklim di seluruh dunia. Contohnya penulis mengambil kejadian di sekitar UK, Perancis dan negara sekitarnya mengalami musim sejuk melampau dan salji yang tebal akibat terhentinya arus Gulf Stream.

Penulis turut memuatkan satu lagi kejadian yang mungkin jarang atau kita tidak pernah ambil tahu yakni tentang timbunan sampah di Laut Pasifik. Peristiwa burung Albatros iaitu sejenis spesies burung laut telah dibedah oleh para pakar biologi telah mengejutkan ramai apabila didapati dalam perut burung itu mengandungi barangan seperti penutup botol, mainan kanak-kanak, pemetik api dan pelbagai lagi. Fenomena timbunan sampah ini atau lebih dikenali “Great Pacific Ocean Garbage Cyre” dikatakan luasnya menghampiri keluasan dengan Texas, Amerika Syarikat. Lanjut boleh baca di sini.

Sebenarnya tedapat banyak lagi fakta-fakta menarik dalam buku ini. Untuk membaca buku ini, pembaca memerlukan daya visualisasi yang tinggi untuk mendapatkan gambaran secara jelas tentang fenomena alam yang berlaku. Walau bagaimanapun, sebagai peminat Thomas L. Friedman, pembacaan saya tidak begitu memberikan kepuasan kerana kandungannya yang sedikit di mana ketebalan buku ini 161 muka surat. Lebih manis sekiranya buku ini ditulis dengan huraian yang lebih panjang dan dimuatkan banyak lagi fakta dan statistik untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.

Namun, usaha penulis ini saya amat hargai kerana tidak ramai penulis Malaysia yang membicarakan tentang kejadian alam semulajadi. Lebih-lebih lagi apabila penulis mengambil pendekatan mengaitkannya dengan ayat-ayat Allah swt. Sekurang-kurangnya tujuan penulis untuk mengajak pembaca bertasbih tentang keistimewaan ciptaan Allah tercapai sekaligus melahirkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan. Dengan harapan, pembaca disedarkan dengan rasa tanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s