Saya bukan anti-BI

Kewujudan laman sosial Facebook ciptaan Mark Zuckerberg ini memang telah banyak mengubah kehidupan manusia termasuk saya. Semenjak adanya laman tersebut, masa yang ada untuk menitipkan sebarang entri di blog sudah semakin menurun tahapnya sehingga boleh  bersawang agaknya.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu masalah saya yakni menghabiskan pembacaan buku dalam bahasa Inggeris. Yang saya ingat antara buku dalam bahasa Inggeris yang saya dapat habiskan dengan sempurna adalah karya Paulo Coelho bertajuk The Alchemist dan Thomas L. Friedman (Hot, Flat and Crowded..). Selebihnya ada yang berhenti setengah jalan. Malahan ada juga yang terus terperuk di almari buku tidak disentuh. Sehubungan itu, rak buku saya lebih banyak terkandung buku-buku bahasa Melayu dan Indonesia. Untuk membaca karya-karya agung penulis Barat mahupun Timur Tengah, saya lebih rela membaca terjemahannya dalam bahasa Indonesia.

Walau bagaimanapun, saya tidak anti bahasa Inggeris. Cuma saya tidak mempunyai kesabaran dan keyakinan yang tinggi untuk menghabiskan buku dalam bahasa tersebut. Dengan tulisan yang kecil dan halamannya yang tebal, ia betul-betul menguji kesabaran lebih-lebih lagi jika isi kandungannya tidak menarik. Syukur dengan adanya Facebook, saya sering mengikuti perkembangan buku-buku bahasa Inggeris yang dijual oleh Bookxcess. Memang mengujakan apabila melihat buku yang ditawarkan dengan harga yang begitu murah jika dibandingkan dengan kedai buku besar seperti MPH, Popular, Borders dan Kinokuniya KLCC.

Maka, semenjak mengenali Bookxcess, saya lebih gemar membeli buku berbahasa Inggeris daripada mereka. Beberapa bulan lepas sempat memesan daripada adik yang tinggal di IPG Bahasa Melayu untuk mendapatkan buku yang saya ingin miliki. Dan apabila adik balik bercuti, rasa seronok apabila memegang dan membelek helaian buku tersebut.

Buku berkaitan CEO Apple dan asal-usul sesuatu perkara/benda

Halaman belakang ‘blurb’ The Book Of Origins by Trevor Homer

Sebenarnya sudah banyak juga saya berbelanja di Bookxcess sebelum ini. Tetapi, sehingga sekarang masih belum sempat menodai semua buku-buku yang dibeli itu. Hehe.

Advertisements

2 thoughts on “Saya bukan anti-BI

  1. Saya sudah lama tidak ke bookxcess. Mungkin ‘The Book of Origins’ akan membuatkan saya ke sana.

    Tapi saya baru lepas beli buku di BD. Alahai..

  2. Faizah,
    Sudah kebiasaan pencandu buku sentiasa berbelanja untuk membeli buku-buku baharu walaupun di rumah masih ada yang belum dibaca. Hehehe.. Semalam pun saya sempat membeli di bookcafe dengan buku di meja meninggi menunggu giliran 🙂

    Iya, saya selalu melihat bookxcess updated melalui FB dan mendapat tahu “The Book of Origins” tersebut dan terus membelinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s