Bergelumang dengan buku

Alhamdulilah, saya dan keluarga kecil saya (isteri dan bayi perempuan) selamat kembali selepas hampir seminggu bercuti di halaman sebelah isteri. Syukur juga kepada Allah swt kerana memberikan kesihatan yang baik kepada bapa mertua setelah dua malam bermalam di hospital kerana sakit.

Kini, baki persekolahan berbaki dua hari sahaja lagi sebelum rutin biasa kembali dijalani. Mengambil kesempatan cuti yang ada, seperti biasa diri ini sering tidak tertahan dengan godaan buku-buku di toko buku sedia ada di sekitar Kuala Lumpur walaupun pada tujuan asalnya menemani isteri untuk membeli barang keperluan isteri di sekitar Jalan TAR. Walaupun hajat di hati cuba bertahan untuk membeli buku baharu, namun masih juga gagal mengawal nafsu itu.

Sepanjang seminggu, kami menaiki kereta untuk ke mana-mana sahaja termasuk ke Jalan TAR tadi. Justeru, apa yang menjadi pelajaran baru kepada saya ialah perbelanjaan seharian bermula keluar daripada rumah. Baru saya memahami mengapa perniagaan online mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai khususnya bagi masyarakat tinggal di kawasan bandar dan pinggirannya. Kos yang terlibat amat besar yakni seperti pembayaran minyak kereta (tersangkut-sangkut dalam kesesakan jalan raya), bayar tol, parkir kereta dan  perbelanjaan lain yang tidak berkaitan dengan tujuan asalnya.

Atas sebab-sebab ini juga selain minat saya sendiri kepada BUKU, maka saya telah menyertai jaringan Stormreaders bagi membantu menyebar luaskan bekalan buku-buku agama untuk tatapan khalayak ramai secara atas talian. Walaupun ini adalah usaha awal dan dibuat secara kecil-kecilan, alhamdulilah sambutannya agak menggalakkan. Perkara ini sudahpun saya nukilkan dalam entri saya sebelum ini yakni Kedai Buku Maya.

Pada minggu lepas sepanjang ketiadaan saya di kampung halaman, akhirnya stok yang agak lama saya tunggu sampai juga yang terdiri daripada puluhan naskhah Majalah Solusi Isu 29 dan beberapa buah buku yang ditempah oleh pelanggan.

Bungkusan yang diterima daripada Stormreaders

Puluhan majalah Solusi

Buku yang sudah ditempah pelanggan kecuali

(Solat Berjemaah, 41 Kelebihan Rasulullah saw dan sebuah Diari Hamil)

Apabila mendapat bungkusan mengandungi buku-buku sebegini, diri terasa begitu teruja  sekali untuk membuka helaian bungkusan dan memegang buku yang ada dengan penuh kenikmatan. Dalam masa yang sama, saya juga membuat tempahan dua jilid kitab yakni kitab FATHUL BARI Syarah Sahih al-Bukhari daripada seorang pengedar yang membekalkan kitab-kitab agama dengan harga yang menarik. Mungkin anda boleh kunjungi ke halaman web beliau di sini. Saya memang sudah lama berkeinginan untuk memiliki kitab ini kerana saya berpegang dengan amanah Allah swt supaya hamba-Nya berpegang kepada dua sumber iaitu Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw ataupun dikenali sebagai ilmu hadis.

Jaminan daripada pengedar membuatkan pembeli selesa dengan

sticker sebegini pada bungkusan

Fathul Bari Jilid 1 dan 2 (Jilid lain kena kumpul wang dulu)

InsyaAllah, dengan adanya sumber bacaan yang kini pelbagai di pustaka mini saya, cuba berazam lebih gigih untuk lebih banyak membaca demi meluaskan lagi perspektif dalam pelbagai isu sekaligus menjana minda ke arah yang lebih kritis dan positif. Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s