Misi Baca 2011

Goodreads Malaysia

Tahun 2010 sudah pun berlalu. Pelbagai kenangan manis yang bersarang di ingatan. Antara detik indah tahun lepas apabila menerima kelahiran puteri kami yang pertama. Sudah bertambah tanggungjawab bermula saat itu yang perlu membimbing dua insan yakni isteri dan anak kami. Setiap hari sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan mendalami ilmu keibubapaan agar anak-anak yang lahir menjadi insan yang solehah dewasa kelak.

Namun, tahun lepas juga menjadi igauan pahit apabila gagal mencapai target peribadi untuk membaca sebanyak 70 buah buku setahun berdasarkan cabaran komuniti 50 buah buku Goodreads Malaysia. Saya memilih angka 70 kerana saya berkeyakinan ia tidak mustahil berdasarkan aktiviti-aktiviti tahun 2009 yang banyak leka dalam menggunakan masa yang ada. Ini bermakna, tahun lepas saya gagal memperbaiki diri sebaliknya masih berada di takuk yang sama walaupun ada perkembangan yang baik iaitu sempat menghabiskan 61 buah buku pada tahun 2010. Kebanyakan buku yang diusaikan adalah buku-buku non-fiksi.

Setiap tahun baharu semua orang mempunyai keinginan dan azam baharu dalam kehidupan. Walaupun saya kurang gemar membuat azam sedemikian sebelum ini, tetapi kali ini saya cuba dan berusaha untuk membaca lebih banyak buku yang mencambah pemikiran ke arah yang lebih kritis. Maksudnya, tahun ini saya berazam untuk membaca buku yang berat kandungannya dan tidak akan cuba membuat target bilangan buku yang mampu dihabiskan pembacaannya pada penghujung tahun nanti. Yang penting tahun ini, ilmu dan pengalaman yang diperolehi daripada setiap buku itu dapat dicerna isinya dan diingati sebagai alat pemikiran untuk melihat dunia dengan kaca mata yang lebih meluas.

Buku-buku yang menggunung untuk dinodai (2011)

Selain itu, dalam cuba menyelesaikan pembacaan buku di atas, tangan saya masih keringanan untuk membeli buku-buku baharu. Ya, memang sudah tabiat pencandu buku. Belum habis baca yang ada, sudah ingin membeli yang lain. (Hehe). Maka, tahun 2011 saya membuat pembelian pertama di Popular Sibu. Tidak sempat untuk mengambil gambar di sekitarnya yang ramai dengan ibu bapa dan anak-anak membeli keperluan sekolah. Fenomena biasa di awal tahun. Banyak perubahan positif di kedai buku ini. Bukunya sudah pelbagai termasuk buku bahasa Melayu yang semakin mendapat tempat. Maka, minggu lepas saya membeli lima buah buku lagi demi semangat tahun 2011.

Kini, masa dirancang sebaik-baiknya agar target tahun ini berjaya digapai. Tambahan, tahun ini cuba kembali hangat menulis resensi buku selepas kebekuan minda menyelinap diri sebagaimana tahun lepas.

8 thoughts on “Misi Baca 2011

  1. Gdiz-Welma-Tok Mudin-Siti Salha-Aidura,

    Salam semua. Ya, begitulah azamnya untuk pembacaan tahun 2011. Hehe. Doakan ianya tercapai🙂

  2. Syukran kerana sudi membeli dan membaca buku-buku tulisan saya. Saya mungkin tidak mampu membaca sehingga 50 buah buku setahun kerana separuh daripada masa luang digunakan untuk menulis…🙂

  3. Terima kasih juga Tuan Zahiruddin kerana sudi meninggalkan jejak di teratak ini. Teruskan usaha tuan untuk menerbitkan lebih banyak karya yang mendidik rohani dan jiwa agar sentiasa mendambakan kasih-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s