Cahaya mata kami..

Terlebih dahulu, saya berasa amat bersyukur atas kesempatan yang diberikan oleh Allah swt kepada saya untuk merasai saat sebagai seorang bapa kerana alhamdulilah, pada pagi 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadan 1431H, isteri selamat melahirkan cahaya mata pertama kami tepat jam 7.59 pagi di Hospital Sungai Buloh. Alangkah bertuahnya jika dalam masa yang sama saya menemani isteri berjuang dan berusaha detik-detik melahirkan bayi seberat 2.84kg. Ia disebabkan saya yang masih berada di Sarawak dan isteri sudahpun berada di Kelana Jaya pada seminggu awalnya. Dengan segeranya, saya datang mengambil penerbangan MAS pada lewat tengahari kerana tiadanya perkhidmatan penerbangan pada waktu pagi dari Lapangan Terbang Sibu.

Kini, bayi kami sudah berusia 7 hari. Betapa gembiranya rasa melihat perkembangan bayi yang semakin hari semakin membesar dengan baik. Walau bagaimanapun, kesihatan bayi sedikit terjejas akibat menghidapi demam kuning. Namun, syukur pada hari semalam bacaannya menurun kepada angka 11.7. Doakan ia terus menurun dan mengembalikan kesihatan bayi kami dalam keadaan yang terbaik dan sempurna.

Bingkisan foto-foto cahaya mata kami :

Anak ayah beberapa jam selepas dilahirkan..

Anak ayah lena sebelum dibenarkan keluar hospital

Terlelap di ribaan ibunya selepas berjaga sepanjang malam

Kelahiran ahli keluarga baharu ini menjadikan tanggung jawab saya sebagai seorang suami dan bapa semakin bertambah. Ini adalah peluang dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt agar semakin mendekatkan diri kepada-Nya. Semua fitrah ini menjadikan diri sedaya upaya untuk menambahkan lagi keimanan dan memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih sempurna di sisi Yang Maha Esa.

5 thoughts on “Cahaya mata kami..

  1. salam.

    tahniah buat shah dan isteri.

    didoakan semoga ‘little caliph’ akan menjadi anak yg soleh/solehah buat anda berdua dan berjaya di dunia dan juga di akhirat, insya-Allah, amiinnn.

  2. Tahniah Shah atas kelahiran cahaya mata pertama.

    Saya percaya Shah pasti akan menjadi bapa yang baik.

    Jaga isteri baik-baik, ya. Semoga cepat sembuh.

  3. Aidura,

    Terima kasih atas ucapan dan doanya. Amin.🙂

    Tukang Karut,

    Terima kasih.. memang sekarang sudah tidak tidur nyenyak lagi. Hehe. Satu pengalaman baharu..

    Faizah,

    Terima kasih, faizah. InsyaAllah,sentiasa berusaha menjadi bapa dan suami yang baik kepada isteri dan anak🙂

  4. Pingback: Selamat Hari Lahir, Puteri Ayah. | Perspektif

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s