Semangat Membaca

Kali terakhir saya membeli buku adalah ketika menghadiri Read Malaysia 2010 pada awal Jun yang lepas. Semenjak itu, saya cuba menahan diri dan berpuasa daripada membeli buku kerana saya lebih berazam untuk menghabiskan buku-buku yang sedia ada terlebih dahulu yang begitu membukit menunggu giliran.

Buah tangan Zaid Ibrahim dan Habiburrahman El Shirazy

Namun, kesabaran saya sampai pada hadnya dan akhirnya tewas pada petang semalam apabila singgah di Popular Bookstore Sibu. Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya saya mengeluarkan belanja demi mendapatkan dua buah buku iaitu Bumi Cinta (Habiburahman el-Shirazy) dan Saya pun Melayu (Zaid Ibrahim). Kalau diikutkan hati ingin juga menyambar The Lost Symbol (Dan Brown) dan Bicara Buat Pemimpin dan Rakyat (Dr. Asri Zainul Abidin), tetapi isteri memberi amaran dengan lebih awal dan akhirnya mengakui kata-katanya.

Sambil menunggu isteri membuat scanning di salah satu klinik pakar puan, saya mengambil kesempatan untuk membaca Saya Pun Melayu. Dalam hati mengatakan bahawa sememangnya buku ini agak menarik juga untuk diselami isinya tentang nasib orang Melayu berdasarkan pemikiran bekas tokoh politik parti UMNO yang kini sudah pun berjuang bersama pimpinan pembangkang. InsyaAllah, buku ini dapat diusaikan dalam masa yang singkat.

Sebenarnya, di samping buku tulisan Zaid Ibrahim tersebut, saya juga sedang menghayati beberapa buku lain secara serentak yang sentiasa bergilir-gilir berdasarkan situasi dan persekitaran. Di sekolah, saya membaca buku Dewey:The Small Town Library Cat Who Touched The World (Vicki Myron), Terapi Solat Tahajud (Muhammad Saleh) dan Membangun Bangsa dengan Mata Pena (A. Kadir Jasin).

Manakala, di rumah saya menghayati kisah percintaan yang diibaratkan Laila dan Majnun bagi masyarakat Kurdis iaitu sebuah karya yang ditulis oleh Dr. Said Ramadhan al-Buthy yakni, Pengantin Surga. Buat pengetahuan, novel ini merupakan satu-satunya buku sastera yang dihasilkan oleh penulis berdasarkan reputasi beliau yang lebih khusus dalam bidang falsafah, keagamaan dan sosiologi. Dr. Said Ramadhan adalah seorang ulama yang cukup terkenal dan kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Damascus, Syria.

Sudah tersedia menunggu bulan Ramadhan

Situasi ini bermakna, saya perlu konsisten untuk mengusaikan pembacaan kerana saya sudah membuat satu ketetapan khusus bahawa apabila masuknya bulan Ramadhan, saya perlu lebih memperbanyakan bacaan buku bercorak keagamaan dan motivasi. Alhamdulilah, buku-bukunya sudah siap disusun dan hanya perlu menunggu untuk dinodai.

Advertisements

10 thoughts on “Semangat Membaca

  1. saya tidak pernah percaya jikalau saya katakan saya sedang berpuasa beli buku. Selalu tertewas πŸ˜‰

    Mana dapat buku pengantin surga??????(tiba2 sangat teruja sekaranf ni)

  2. Welma,

    Saya juga selalu tewas bila berada di kedai buku. Baru ini pertama kali cuba berazam, tapi akhirnya tewas juga. Hehe.

    Buku ‘Pengantin Surga’ saya beli di Fajar Ilmu Baru. InsyaAllah, kalau sudah usai saya buat resensinya di sini ya. Saya tahu berkenaan buku ini pun dari ulat-ulat buku Indonesia di halaman blog mereka secara tidak sengaja πŸ™‚

  3. Assalamualaikum,

    Boleh masuk senarai ni.. Dr. Said Ramadhan al-Buthy yang menulisnya.

    Saya perlu ‘berpuasa’ juga dari membeli buku sekarang ini. Huhu.. perlu azam yang kuat πŸ™‚ Kali terakhir beli buku dari FIB secara online “Indahnya Ramadhan di Rumah Kita” hari Selasa minggu lepas. Itu pun kes terpengaruh dengan Welma πŸ˜€

  4. Salam…

    Pertama kali menjejak mata kesini hasil link dari Welma.

    Nampaknya ramai juga yang berniat untuk puasa membeli buku tetapi gagal seperti saya.

    Tadi baru je habis RM128 untuk beli buku. Huhuhu

  5. Aina,

    Sukarnya bila membuat keazaman untuk berpuasa membeli buku kan. Tak sempurna rasanya kalau dalam sebulan itu tidak menginjak kaki ke kedai buku. Hehe.

    Saya belum pernah lagi membuat pembelian secara online dari FIB. Bagaimana dengan perkhidmatan mereka? Boleh saudari kongsikan.. πŸ™‚

  6. Hilman,

    Terima kasih atas kunjungan saudara. Buku apakah yang diburu itu? Boleh kongsikan secara bersama πŸ™‚

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s