Semuanya mesti dibaca

Belakangan ini, momentum untuk mencoretkan pandangan berkenaan isu semasa di halaman ini disedari semakin rendah. Kekadang terfikir apa yang menjadi puncanya. Adakah kekangan masa mungkin menjadi penyebabnya atau ada perkara yang lain. Saya sendiri tidak pasti. Walau bagaimanapun, saya yakin yang kini banyak hal utama dan sampingan terbengkalai.

Sesetengah buku di atas ada yang masih menunggu

giliran untuk dibaca

Begitu juga yang di atas

Masih di dalam kotak dan belum sempat untuk

mendapat rak baru

Ia adalah salah satu menjadi faktornya. Kini, rak-rak buku sudah tidak mencukupi untuk menampung buku-buku tuannya. Maka, ada sesetengahnya berada di kepala katil, di meja solek isteri, di ruang tamu malah di atas meja tempat bekerja ini. Kebanyakan buku-bukunya masih belum sempat untuk dinodai. Malahan ada yang masih dalam balutan yang manis walaupun sudah hampir menjangkau setahun. Maka, dalam masa-masa yang ada saya mencuri untuk membaca buku-buku ini semua. Tahun ini, saya membuat target peribadi  untuk menghabiskan 70 buah buku setahun. Sekarang yakni bulan Julai, saya baru sahaja menginjak pada angka 35 buah buku. Maknanya masih ada 50% lagi untuk mencapainya dalam jangka masa 6 bulan. Mampu ke tidak. InsyaAllah akan diusahakan.

Surat khabar tahun 2010 (belum berkesempatan untuk

menyaring isu-isu penting)

Fail surat khabar

Di samping buku-buku yang menanti untuk dibaca, masih ada hutang saya kepada bahan bacaan yang lain. Ini termasuk surat khabar lama sama ada edisi tahun ini mahupun yang disimpan daripada tahun lepas. Semenjak saya berada di Tingkatan 6 tahun 2002/03, saya gemar mengunting apa sahaja artikel daripada surat khabar khususnya dari Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk dijadikan sebagai rujukan. Tetapi, kesemua bahan tersebut yang disimpan dalam fail sudah tidak tahu di mana tempatnya sekarang. Maka, mulai tahun lepas, saya mula mengumpul surat khabar lama ini semula. Kini, sudah ada lima fail khas untuk menyimpan keratan-keratan akhbar tersebut. Tujuannya, selain digunakan bagi tujuan peribadi ianya juga berfungsi sebagai rujukan bagi proses pengajaran kerana memandangkan majoriti anak didik yang tidak membudayakan amalan membaca.  Maka, mana-mana isu menarik saya fotokopi untuk diedarkan kepada mereka sebagai pendedahan agar mereka minat membaca.

Fail cerpen

Tambahan lagi, saya juga sudah mula mempunyai hobi untuk menyimpan cerpen-cerpen yang tersiar setiap Sabtu (Berita Harian) dan Ahad (Utusan M) sebagai bacaan ringan. Malahan, saya juga mengisi fail tersebut dengan cerpen yang saya fotostat dari Dewan Sastera yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Di samping itu, ia juga menjadi medan kepada saya untuk merujuk kaedah penulisan cerpen yang baik dan diterima oleh masyarakat. Setakat ini, saya hanya mempunyai dua fail untuk menyimpan semua cerpen ini. Malangnya, sehingga sekarang saya masih terkial-kial untuk memulakan cerpen sendiri. Hehe..

Sebenarnya, sekarang saya masih berputar-putar mencari isu yang menarik untuk diajarkan kepada anak didik pada kelas pagi esok.. aduhai. Hehe.

Advertisements

2 thoughts on “Semuanya mesti dibaca

  1. Aduh! Banyak sungguh yang perlu dibaca. Agaknya semua pembaca akan mengeluh sebegini. Dan saya pasti semua akan bersetuju keluhan ini bukan keluhan berbentuk terpaksa membaca. Ya, memang seronok memiliki banyak buku yang perlu dibaca walaupun tidak tahu bila agaknya akan habis semua buku2 ini dibaca.

  2. Welma,

    Iya..saya pasti Welma pun mengalami situasi yang sama kan 🙂 Memang benar bahawa keluhan ini bukan bermakna keluhan terpaksa untuk membaca. Ia cuma keluhan bila agaknya semua bahan bacaan dapat dihabiskan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s