Penghujung demam bola

Hujung minggu semula. Terasa cepat benar masa berlalu. Rasanya baru macam dua hari lepas Sabtu & Ahad.

Bagi peminat bola sepak yang kini hangat dengan kejohanan Piala Dunia 2010, demam bolanya sudah menghampiri penghujungnya. Awal pagi Isnin menjelangnya perlawanan akhir yang membabitkan dua pasukan dari benua Eropah yakni Sepanyol dan Nederland. Peminat setia masing-masing sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal menjulang Piala Dunia pada edisi kali ini sebelum ianya dimeriahkan semula empat tahun lagi di bumi Samba, Brazil (2014).

Piala Dunia kali ini, saya telah memilih pasukan Argentina tetapi malangnya pasukan ini telah tersingkir awal di tangan pasukan muda Jerman dengan angka yang tidak disangka-sangkakan. Namun, tahniah kepada pasukan kendalian Maradona kerana menyajikan perlawanan yang menghiburkan sepanjang kejohanan tahun ini khususnya melalui kelibat bintang besar seperti Lionel Messi dan Carlos Tevez.

Kebangkitan pasukan Asia seperti Korea Selatan dan Jepun dalam Piala Dunia tahun ini juga memberikan satu petanda kepada dunia bahawa pasukan Asia sudah tidak boleh dipandang rendah. Semangat melawan dan kegigihan pemain dari dua negara ini harus menjadi contoh kepada pemain negara kita yang lembik di pentas antarabangsa. Buktinya, kemeriahan Piala Dunia telah menyepikan terus arus bola sepak tempatan yang langsung tidak menarik perhatian peminat bola di negara ini.

Stadium yang kosong. Mutu padang yang teruk. Pencahayaan stadium yang malap. Persembahan pemain yang longlai. Kualiti siaran langsung tahap rendah (asyik pasukan Selangor dan Kelantan- macam tidak ada pasukan lain bertanding?). Semuanya menjadi faktor liga tempatan semakin tidak menarik hati rakyat.

Bila agaknya pasukan Malaysia beraksi di Piala Dunia? Jika diamati, sepanjang kemeriahan kejohanan ini, media sering memaparkan kehebatan dan kelincahan pemain lama khususnya Soh Chin Aun dan Santokh Singh dalam iklan pra bayar. Ini telah menunjukkan bahawa pemain sekarang langsung tidak setanding dengan pemain dahulu. Hanya mengejar populariti sebagai model sukan berganding dengan artis. Dari segi semangat dan kecintaan kepada negara, jangan harap. Beberapa rakan pernah berkata, pemain Malaysia kena tunggu negara diserang dan dijajah agaknya baru nak bangkit melawan sebagaimana negara Iraq. Kalau tidak, sampai bila-bila hanya sambil lewa dalam bertanding.

Piala Dunia Afrika Selatan 2010 – Harapan “Nederland” juara🙂

2 thoughts on “Penghujung demam bola

  1. Bola akan pergi, Allah SWT tetap bersama orang mukmin.Rasulullah tidak begitu berkorban tenaga dan masa untuk riadah tetapi Rasul Junjungan menghabiskan sebahagian besar masa dan wang ringgit untuk Allah SWT di medan jihad dan berdakwah kepada manusia untuk menyembah Allah SWT. Setelah habis bola marilah kita segala masa dan tenaga untuk Allah SWT.

  2. Bola akan pergi, Allah SWT tetap bersama orang mukmin.Rasulullah tidak begitu berkorban tenaga dan masa untuk riadah tetapi Rasul Junjungan menghabiskan sebahagian besar masa dan wang ringgit untuk Allah SWT di medan jihad dan berdakwah kepada manusia untuk menyembah Allah SWT. Setelah habis bola marilah kita korbankan segala masa dan tenaga untuk Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s