Kembara Bumi Kelantan – Akhir

Berbanding tahun 2001, Kelantan kini kelihatan lebih bersih walaupun ia masih perlu diusahakan lagi agar lebih menceriakan bumi Kelantan. Situasi kekotoran di Kelantan pernah disuarakan oleh Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen suatu ketika dulu. Tetapi dengan pandangan mata sendiri, sudah ada peningkatan dari segi tahap kebersihan di negeri ini.

Secara keseluruhannya, negeri Kelantan mempunyai keunikan yang tersendiri sama ada dari segi bahasa, politik dan budayanya. Di Kelantan, kebanyakan papan iklan dan nama gerai biasanya ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Jawi. Itu adalah salah satu tarikan berbanding di negeri yang lain. Sepanjang perjalanan dalam Kota Bharu, penggunaan bahasa Jawi begitu meluas di papan iklan. Dalam kemundurannya bahasa Jawi di negara Malaysia, kerajaan negeri Kelantan berusaha untuk mengekalkan dan memartabatkan bahasa Jawi. Ini adalah satu langkah yang amat mulia sekali.

Bahasa Jawi dimartabatkan

Iklan Nescafe di Kelantan

Tambahan lagi, negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga sudah maju dari segi prasarana dan terdapat bangunan-bangunan baru yang lebih cantik dan tersusun pembinaannya. Kini, di sana juga sudah terdapat pasaraya Tesco, KB Mall dan beberapa pasaraya lain untuk menjadi pilihan pengguna dalam mendapatkan barangan. Ini menunjukkan bahawa Kelantan bukan negeri miskin sebagaimana yang digembar gemburkan. Saya percaya dengan kos hidup yang rendah dan peluang perniagaan yang besar, rakyat Kelantan mampu hidup dalam keadaan yang selesa. Alangkah bertuahnya bumi Kelantan jika mereka mendapat duit royalti minyak yang kini masih lagi dalam perdebatan pada peringkat atasan, saya jamin negeri ini maju dan berdaya saing sebagaimana negeri lain di Malaysia.

KB Mall

Kelihatan bendera Pas kerana bakal berlansungnya

Perhimpunan Muktamar Pas untuk tahun 2010

Kini, pelbagai institusi pendidikan bertapak di sana.

Membuka peluang pendidikan yang besar kepada rakyat Kelantan

Untuk berurusniaga di Kelantan, pelanggan baharu mungkin sedikit janggal kerana segala jual beli dilafazkan dalam bentuk riyal dan bukan ‘ringgit’. Ini adalah satu tarikan. Apabila sudah kebiasaan, pelanggan berasa seronok melafazkan riyal setiap kali melakukan pembelian. Di samping itu, setiap kali bersarapan, sudah menjadi budaya orang Kelantan memakan nasi berlauk. Maka, perut sentiasa kekenyangan sepanjang pagi dan kekadang sampai ke tengahari. Menakjubkan adalah harga nasi berlauk amat murah sekali. Jika di bandar khususnya di Kuala Lumpur, agak-agaknya sudah mencecah RM 4 setiap kali makan.

Pemandangan dari atas Pasar Siti Khadijah

Jika ke Kelantan, tidak sah perjalanan anda jika tidak berkunjung ke Pasar Siti Khadijah. Ini adalah satu-satunya pasar yang hanya dimonopoli oleh kaum wanita dalam berniaga.  Kompleks ini mempunyai empat aras. Pada tingkat bawah sekali menempatkan barangan basah seperti ikan, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk mendapatkan barangan makanan tradisi Kelantan seperti lempuk, dodol, serunding dan pelbagai aneka kuih muih, boleh naik ke Tingkat 1.  Bagi tingkat 2 dan 3 pula, pengunjung boleh mendapatkan barangan aksesori wanita dan lelaki seperti kain baju kurung, tudung dan batik. Pasar ini dibuka pada setiap hari dari pukul 6 pagi sehingga 7 petang.

Pada 9 Jun, kami berangkat pulang dan singgah sebentar di Kuala Terengganu untuk makan, solat dan bersiar-siar di Taman Tamadun Islam. Malangnya, akibat kelewatan, TTI sudah tutup untuk kemasukan orang awam. Maka, hanya berlegar-legar sekitar Masjid Kristal di tepi sungai yang agak mendamaikan dan mententeramkan jiwa dan minda selepas keletihan memandu dari Kota Bharu.

InsyaAllah, akan berkunjung sekali lagi ke Bumi Kelantan🙂

4 thoughts on “Kembara Bumi Kelantan – Akhir

  1. Assalam mu alaikum wr wbt.

    “Di Kelantan, kebanyakan papan iklan dan nama gerai biasanya ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Jawi”

    Maaf nak tegur. Tak ada Bahasa Melayu dan Bahasa Jawi. Sebenarnya Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi. Kedua-dua jenis tulisan ini adalah tulisan untuk Bahasa Melayu. Sebenarnya Tulisan Jawi adalah tulisan asal Bahasa Melayu. Hanya setelah ada gerakan yang dibuat oleh UMNO tahun 60’an membunuh tulisan Jawi menyebabkan tulisan Jawi menjadi pudar.

    Tulisan Jawi berkait rapat dengan tulisan Al Quraan. Membunuh peranan Tulisan Jawi ertinya menjauhkan orang yang menggunakan Bahasa Melayu khususnya orang berbangsa Melayu dari ajaran Al Quraan.

    Tulisan Rumi berasal dari barat (Rumawi atau Rom). Walau bagaimana pun kalau digunakan kedua-dua bentuk tulisan (Jawi dan Rumi) untuk bahasa Melayu itu lebih baik. Sekian TK

  2. Waalaikumussalam,

    Alhamdulilah..saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi memperbetulkan kesalahan yang saya telah titipkan. Saya mengakui kesilapan yang telah dibuat.

    Saya bersetuju bahawa adalah lebih baik jika kedua-dua bentuk tulisan (Jawi dan Rumi) untuk bahasa Melayu digunakan secara seiring sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan.

    Ini adalah memandangkan kerana kini sebilangan pelajar yang beragama Islam terkial-kial untuk membaca tulisan Jawi berdasarkan pemerhatian saya kepada para pelajar di sekolah. Usaha untuk memartabatkan tulisan ini harus digemblengkan dengan lebih proaktif oleh pihak kerajaan negara agar ia tidak lupus ditelan zaman.

  3. Salam saudara penulis, saya mohon keizinan untuk mengambil satu gambar di laman ini untuk diletakkan di blog saya buat tatapan pembaca. Saya juga sudah membuat backlink ke laman ini….mohon maaf yea saudara, saya akhiri dengan ucapan terima kaseh🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s