Langkahan kaki di Read Malaysia’10

Pagi semalam berkunjung ke Read Malaysia’10 di MIECC, The Mines. Sengaja memilih datang awal kerana selepas ini sudah tidak mempunyai kesempatan kerana mulai minggu hadapan berkelana ke Kelantan dan Melaka. Kehadiran terlalu awal membuatkan diri mempunyai kebebasan tidak perlu berasak-asak dengan orang ramai. Malahan sewaktu kedatangan di sana, semua orang masih lagi melihat dan mengikuti upacara perasmian yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Shiong.

Tidak banyak booth yang terlibat. Bagi syarikat PTS, mereka terletak bersama-sama dengan syarikat Gramedia. Tidak begitu banyak pilihan buku yang dipamerkan. Adakah memang sebegitu atau kesilapan saya yang datang terlalu awal. Menariknya, buku di booth Gramedia dijual dengan diskaun 50 peratus.

Tidak ketinggalan jualan oleh booth MPH yang terdiri daripada pelbagai jenis buku sama ada berbahasa Melayu dan English. Yang selebihnya adalah buku berbahasa Cina dan beberapa booth menjual peralatan elektronik dan permainan minda.

Inilah antara beberapa pemandangan sepanjang hari tersebut :

Upacara perasmian

Aznil Hj.Nawawi yang dipilih sebagai

Duta Read Malaysia’2010

Booth MPH

Sebelum balik, sempat mengabadikan foto

Antara buku-buku yang dibeli dari gerai Gramedia

Buku dibeli dari gerai Gramedia (PTS) dan MPH

“Mungkin” semalam adalah yang terakhir untuk membeli buku buat sementara waktu. Sudah mampir 20 buah buku yang dibeli. Kini, memikirkan cara untuk membawanya kembali ke Sarawak. Tambah lagi dengan buku yang bakal dibawa oleh rakan isteri yang dibeli semasa PBAKL 2010 yang lalu. Bila dah banyak sebegini, timbul semangat meluap-luap untuk membaca dan menikmatinya sepuas hati. Tetapi, tidak tahu bilakah semuanya dapat dihabiskan 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s