Budaya membaca di sekolah

Pagi ini membaca akhbar Kosmo Online. Ternampak satu tajuk yang menarik minat saya.

Amalan membaca masih kurang“.

Mengapa amalan membaca masih berkurangan di sekolah?

Adakah benar para pelajar tidak berminat untuk membaca?

Apa yang ingin saya cuba luahkan adalah bagaimana ingin meningkatkan jumlah pembacaan dalam kalangan pelajar jika perpustakaan sekolah tidak dilengkapi dengan bahan bacaan yang terkini. Di perpustakaan sekolah biasanya kebanyakan buku yang ada adalah dalam keadaan usang. Majoritinya adalah keluaran 1980-an dan awal 90an. Maka, tidak asing bahawa para pelajar tidak mengenali nama pengarang masa ini yang mencipta nama seperti Faisal Tehrani, Nisah Haron, Ain Masarah dan ramai lagi. Inilah realiti yang berlaku di sekolah pada masa sekarang. Memang betul jika ingin menyemai minat membaca bukan melihat kepada tahun berapa buku diterbitkan. Walau bagaimanapun, apa yang ingin saya tegaskan adalah para pelajar sebagai golongan remaja mereka tertarik kepada sesuatu buku jika kulitnya menarik dan mengujakan. Sebagai langkah pertama, tarikan ini yang diutamakan untuk menarik golongan ini untuk memegang dan membaca buku. Maka, tidak mustahil apabila kita lihat sekarang bagaimana syarikat buku PTS dan Al-Ameen mengutamakan design cover buku mereka sebagai satu daya penarik kepada para remaja. Malahan DBP sekarang mengorak langkah yang sama berdasarkan kepada buku keluaran mereka belakangan ini di pasaran berbanding suatu ketika dahulu.

Tambahan lagi, apa yang dihadapi oleh pusat sumber sekolah kini adalah peruntukan untuk membeli buku dan keperluan lain dicantas kerana keadaan ekonomi yang meruncing. Apabila ekonomi gawat, bidang memperkembangkan perbukuan  inilah yang menjadi mangsa. Kemudian, di dada akhbar dan televisyen dicanangkan bahawa para pelajar tidak gemar membaca. Relevankah para pelajar dituduh sedemikian rupa?

Sebenarnya para pelajar berasa teruja dan gembira apabila disuguhkan dengan buku-buku yang baik. Para pelajar akan berlumba-lumba untuk memegang buku yang menarik itu dan cuba untuk menyelami isi buku tersebut. Keadaan inilah yang berlaku semasa suatu ketika apabila saya pernah membawa buku Tunnels, Trangenesis, Laskar Pelangi dan  Lentera Mustika ke kelas untuk melihat respons pelajar. Alhamdulilah, para pelajar sudah mempunyai inisiatif sendiri untuk mendapatkan bahan bacaan yang baik dari luar sekolah. Tetapi dari perpustakaan, memang tiada koleksi sedemikian berdasarkan contoh buku yang saya sebutkan tadi. Maka, pelajar yang tidak berkemampuan hanya mengharapkan pinjaman dari sesama rakan untuk mendapatkan buku yang terkini. Keadaan ini berlaku khususnya kepada para pelajar asrama di pedalaman.

Oleh itu, jangan mengatakan para pelajar tidak berminat membaca. Mereka hanya perlu galakkan, sokongan dan saluran yang betul daripada semua pihak iaitu kementerian, ibu bapa, guru dan masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s