Subsidi dimansuhkan

Sebentar tadi melihat rancangan MHI yang dikendalikan oleh saudara Fethri Yahya, Wardina Safiyyah dan A.G yang mengupas isu berkenaan cadangan penghapusan subsidi oleh kerajaan Malaysia ke atas beberapa barangan. Isu ini sedikit sebanyak menimbulkan pelbagai pandangan daripada masyarakat. Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan perkara ini.

Semalam, Menteri Jabatan Perdana Menteri yang diwakili oleh Idris Jala telah  mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan pemberian subsidi bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi negara agar lebih berdaya saing pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi semalam. Pemansuhan subsidi ini melibatkan beberapa barangan terkawal seperti gula, tepung dan minyak masak. Dalam masa yang sama, Idris berkata, makmal itu menjangka harga petrol akan meningkat 10 hingga 15 sen seliter pertengahan tahun ini, dan akan meningkat 10 sen setiap enam bulan sehingga 2012.

Berdasarkan isu ini, sesetengah masyarakat yang berada di garis kemiskinan berasa terpukul kerana situasi ini bakal menambahkan lagi beban dalam kehidupan mereka dengan kenaikan kos hidup yang akan meningkat.

Sebagai rakyat Malaysia, kita dapat melihat bagaimana pemberian subsidi dijalankan di negara ini. Tidak kira orang asing mahupun warga negara, berpendapatan tinggi atau rendah, semuanya membeli dengan harga subsidi. Itu permasalahannya. Pihak pemerintah selaku pengurusan pentadbiran dan kelancaran perjalanan kehidupan rakyat, kaedah sebegini yang harus diperbetulkan. Bukannya dengan memansuhkan keseluruhan subsidi walau pun dijalankan secara bertahap. Di manakah slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN, Pencapaian Diutamakan” yang dicanang setiap hari di media-media sedia ada. Adakah ini menunjukkan kebajikan rakyat didahulukan?

Di India misalnya, subsidi masih diberikan. Tetapi yang menariknya adalah hanya golongan yang berhak sahaja menikmati subsidi tersebut. Bagaimana? Masyarakat India dibekalkan dengan kad khas yang hanya dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan dengan harga subsidi. Maka, kaedah ini mungkin juga boleh diaplikasikan di Malaysia. Kad ini boleh dibuat seperti kad pengenalan yang diperbaharui dan dikemas kini setiap tahun berdasarkan kepada pendapatan tahunan dan tanggungan dalam keluarga.

Jika benar untuk mengurangkan hutang negara, sepatutnya segala projek mega itu harus diberhentikan. Tiada guna berdegar-degar dengan projek mega tapi rakyat hidup dalam kesempitan dan kesusahan. Contohnya projek Bakun kini memakan belanja bilion ringgit. Ini semua sekadar menambahkan lagi perbelanjaan negara.

Apakah pandangan anda?

Advertisements

One thought on “Subsidi dimansuhkan

  1. Salam alayk.

    Sangat setuju dengan pendapat akhi. Subsidi patut diberikan kepada yang memerlukan, bukan dilupus begitu sahaja. Najib terlampau mengagungkan perdagangan bebas cetusan Adam Smith! Saya paling tidak setuju kalau kita terlalu mengejar bayang AS. Ustazatul alam… bilakah akan tercapai?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s