Buah tangan Andrea Hirata

Kepada peminat Andrea Hirata, pastinya tidak sabar untuk menatap karya terbaharu beliau. Menurut sumber di sini, syarikat Bentang bakal melancarkan dua buah novel baharu beliau iaitu Padang Bulan dan Cinta di dalam Gelas pada pertengahan Jun 2010 di Indonesia.

Menurut Hirata, beliau menyiapkan kedua-dua novel tersebut dalam masa lima minggu sahaja. Aduhai..betapa murahnya rezeki beliau dapat mengusaikan penulisan dalam masa yang singkat sahaja. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa masa dua tahun diperlukan untuk melakukan riset (saya pun tidak mengerti apa maksud riset ini..hehe). Sesiapa yang mengetahuinya, boleh kongsikan bersama. Tambahan lagi, Hirata turut menjelaskan kedua-dua karyanya kali ini masih lagi berlatarbelakangkan Kampung Belitong dan Maryamah menjadi tunjang utama pada kali ini.

Bagi insan-insan yang masih belum mengenali penulis ini, sila dapatkan dan baca novel triloginya. Bermula daripada Laskar Pelangi dahulu. Diikuti Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Saya pasti anda akan tenggelam dengan sasteranya yang unik dan begitu menusuk minda dan keintelektualnya.

Advertisements

4 thoughts on “Buah tangan Andrea Hirata

  1. Salam perkenalan…

    Wah, saya sangat teruja membaca entri ini. Terima kasih banyak kerana berkongsi. Membaca tajuknya sahaja hati sudah terpikat dan mengenangkan kehebatan karya Andrea Hirata mata mula mahu bergenang. Huhu memang emosional.

    Oh, Jun baru terbit di Indonesia. Harus tunggu beberapa bulan juga sebelum diterjemahkan oleh PTS. Nampaknya, saya perlu memujuk hati agar terus bersabar:)

    Semoga terus menulis dan bermanfaat buat semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s