Berikanlah peluang..

Apa yang ingin dititipkan? Saya sendiri tidak pasti.

Agak lama tidak mencurahkan sebarang tinta di ruangan ini. Fikiran dan jiwa agak kacau dengan urusan duniawi yang kadang-kadang tidak mengenal masa dan tempat. Alhamdulilah, diri ini masih waras untuk meneruskan kehidupan dengan tenang dan aman.

Terasa begitu cepat masa berlalu kita sudah pun masuk bulan Mei. Bulan April yang dikatakan sebagai satu platform untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 4 buah buku sebulan nampaknya tidak kesampaian. Kepala terasa berat pula untuk menerima segala input-input yang dimuntahkan oleh penulis lewat karya-karya mereka. Akhirnya hanya satu buku yang mampu untuk diusaikan.

Baru-baru ini menambahkan lagi koleksi buku sekaligus menambahkan lagi segala buku-buku sedia ada yang masih lagi belum sempat untuk dinodai. Isteri kesayangan pula kekadang bising melihat hobi suaminya ini yang lebih banyak membeli tapi masih kurang untuk mengusaikan pembacaan. Alasan diberi “..semua ulat buku berperangai begini” Betul kah? Hehe. Walau bagaimanapun, kuantiti pembelian kali ini masih berkurangan jika dibandingkan dengan sebelum berkahwin dahulu. Kini, perbelanjaan perlu dikawal agar kehidupan istana kecil kami tidak terbeban.

Maka, sekarang saya masih cuba untuk mengusaikan buku-buku ini ;

1. Hot, Flat and Crowded : Why The World Needs a Green Revolution – And How We Can Renew Our Global Future. (Thomas L. Friedman)

2. Ke Luar Jendela (Hassan Ahmad)

3. Naratif Ogonshoto (Dr. Anwar Ridhwan)

4. Air Mata Khusyuk (Muhammad Hasan al-Basri)

Doakan saya agar dapat menghabiskan semuanya sebelum Mei kerana masih banyak yang perlu diuliti buku-buku lainnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s