Aku Mahu Menulis

Semenjak kecanduan buku, masa untuk menonton sudah semakin berkurang. Memang terasa akan perubahannya. Kini, segala apa yang dipertontonkan di kaca televisyen kebanyakannya agak memualkan. Streotaip dengan apa yang negara luar lakukan. Lebih-lebih lagi dengan rancangan realiti yang sangat menjemukan. Kesannya semua ini boleh dilihat dari segi budaya dan corak kehidupan masyarakat kita sekarang.

Bukan sahaja di skrin, malahan di atas media cetak khususnya surat khabar pun mengalami nasib yang sama. Lagi membosankan. Setiap hari isu politik yang sama diulang-ulang semula. Masih belum ada perubahan dari dahulu. Tambahan lagi, kisah-kisah artis dipaparkan setiap hari lewat ruangan khas kedua-dua akhbar perdana kita. Segala luar dan dalam hendak diambil tahu.

Sehubungan inilah saya makin tenggelam dalam dunia buku. Kedua-dua media terbabit hanya dilihat dan dibaca sepintas lalu sebagai syarat untuk mengetahui isu semasa sahaja. Tidaklah juga ketinggalan.

Apabila sudah membaca, membaca, membaca dan membaca, timbul pula idea untuk menulis. Pelbagai imaginasi dan khayalan mula bersarang berkenaan cerita apa yang ingin dibukukan. Maka, semenjak dua hari lepas saya mula merangka beberapa rangka dan peta minda untuk menyusun idea dan plot. Selain itu, buku-buku lama diselongkar kembali sebagai rujukan. Paling utama, buku Karya Nan Indah buah tangan Faisah Tehrani. Dibaca semula dan dibuat catatan untuk panduan. Beberapa halaman blog disinggahi untuk mendalami lagi ilmu penulisan yang disampaikan oleh mereka seperti Zakaria Sungib, Azmah Nordin, Nisah Haron, Ummu Hani, Azzah dan lain-lain. Beberapa buah buku sebagaimana apa yang saya ingini juga dihadami semula segala bentuk isi dan penulisannya.

Setelah dua hari berlalu, kini plot yang ingin dibina sudah kelihatan. Tetapi timbul pula dalam diri, mampukah??

Bak kata FT, terus menulis.

Itu lah satu ungkapan yang ringkas tapi begitu mencabar yang disampaikan penulis tersohor negara kita. Maka, mohon dipanjatkan doa agar diberikan pertolongan dan kemudahan dalam melaksanakan misi ini.

Advertisements

2 thoughts on “Aku Mahu Menulis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s