Resensi Misteri Shalat Subuh

Ketika kedinginan pagi, ada segelintir umat Islam yang masih lena diulit mimpi-mimpi indah dan berselimut walaupun azan Subuh sudah pun berkumandang menyeru menunaikan solat subuh di pagi hari. Jika diamati, ada yang bangun lewat mengerjakannya dan ada hanya bisa dan lebih suka menunaikannya di rumah berbanding berjemaah di masjid atau surau berdekatan.

Seorang penguasa Yahudi berkata, “Kami baru takut kepada umat Islam jika mereka telah melaksanakan solat Subuh seperti melaksanakan solat Jumaat”

Sesungguhnya kata-kata penguasa Yahudi ini begitu mendalam sekali dan ada kebenarannya. Jika dilihat berapa banyakkah saf-saf jemaah yang mengerjakan solat Subuh di masjid/surau ketika ini? Bagi yang tahu, sudah pasti menjadikan ia sebagai pengukur bagaimana umat Islam ketika ini dengan mudah ditindas dan dipermainkan oleh kuasa-kuasa asing. Ramai yang tidak menyedari ada nilai istimewa dan filosofi yang kuat dalam pelaksanaan solat Subuh. Tetapi, orang Yahudi pula yang menyedarinya. Malu benar rasanya kita sebagai umat Islam.

Maka, kepada sesiapa yang masih tidak menitikberatkan amalan solat subuh yang berkualiti, bacalah buah tangan Dr.Raghib As-Sirjani ini. Semoga ia membuka pintu hati dan menzahirkan keinsafan serta kesedaran untuk bersemangat mengerjakannya agar tidak tertinggal dengan hikmah yang besar di sebaliknya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dengan MERANGKAK”. Lihatlah, betapa agung dan istimewanya dua solat ini.

Dalam buku ini, penulisnya mengulas dan menganalisis secara mendalam ditambah dengan pengetahuannya yang luas menyedarkan kita hikmah dan keistimewaan solat subuh yang masih kurang dimengerti oleh sesetengah umat Islam. Apa yang menarik bagi saya dan benar-benar menggugah jiwa adalah apabila Dr.Raghib menjelaskan beberapa fenomena pada waktu Subuh ketika beliau membuat kunjungan ke Amerika Syarikat. Beliau menceritakan,

“Saya banyak menjumpai orang2 Amerika di jalanan ketika saya pergi ke masjd untuk solat Subuh. Saya ulangi sekali lagi, SAYA PERGI, bukan SAYA PULANG. Maknanya, mereka mau bangun pagi-pagi sebelum Subuh tentunya untuk keperluan yang sangat penting. Saya pun berfikir, kira-kira apakah tujuan penting mereka sehingga mereka mahu bangun pagi-pagi sebelum jam 5 pagi dan memakai baju tidur? Untuk apa mereka keluar dalam keadaan cuaca yang sangat dingin menuju jalan-jalan raya?

Tahukah anda?

Ternyata mereka melakukan itu hanya untuk berjalan-jalan bersama anjingnya bagi menghirup udara segar di pagi hari.

Lihat lah bagaimana orang-orang Amerika ini sanggup untuk bangun pagi demi untuk anjingnya. Tapi umat Islam bagaimana? Demi ALLAH swt, sebahagian daripadanya masih enggan bangun pagi. DEMI ALLAH ya sahabat. Aduh..betapa sedihnya kita apabila membaca bait-bait tersebut. Betapa jauhnya kecintaan segelintir orang Islam kepada Rabb-Nya.

Penulisnya juga memuatkan nilai-nilai yang terkandung dalam solat Subuh. Betapa banyak ganjaran yang diperolehi apabila mengerjakan solat Subuh dengan konsisten di awal waktu dan secara berjemaah. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,

“Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika malam tinggal sepertiga yang terakhir. Dia berkata, ‘Mana hamba-Ku yang berdoa, untuk Aku kabulkan (doanya)? Mana hamba-Ku yang meminya padaKu, untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hamba-Ku yang beristighfar, untuk Aku ampuni (dosanya)?”

Selain itu, penulis juga menyentuh berkenaan kecintaan para shabat kepada solat Subuh untuk dijadikan sebagai teladan dan pengetahuan kepada pembaca. Di sini penulis mengisahkan bagaimana umat Islam memenangi peperangan ketika saat matahari beberapa saat baru terbit. Contoh salah satu pemimpin Islam yang tidak akan memulai perang kecuali setelah solat Subuh adalah Khalid al-Walid.

Tambahan lagi, bagi yang masih terasa berat mengerjakan solat Subuh dengan baik, maka penulis menitipkan beberapa tips mudah untuk menunaikan solat Subuh yakni ;

  • Ikhlaskan niat hanya kerana Allah, dan berikanlah hak-haknya
  • Bertekat dan introspeksilah diri anda setiap hari
  • Bertaubat dari dosa-dosa dan berniatlah untuk tidak mnegulanginya kembali
  • Perbanyaklah membaca doa agar Allah memberi kesempatan untuk solat subuh
  • Carilah kawan yang baik
  • Latihlah untuk tidur dengan cara yang diajarkan Rasulullah (tidak awal berwudhu’ sebelum tidur, miring ke kanan, berdoa) Sampaikanlah kepada orang lain gaya hidup anda yang baru
  • Menyedikitkan makanan sebelum tidur serta jauhilah teh dan kopi pada malam hari
  • Tulis pengingat shalat subuh dan gantunglah di atas dinding
  • Bantulah degan tiga penggera (jam loceng, telepon, bel pintu)
  • Ajaklah orang lain untuk solat subuh dan mulai lah dari keluarga anda.

Akhir sekali, antara ungkapan penulis yang mengesankan dan jadikan sebagai renungan adalah ;

Adalah mustahil bila ada orang yang mengatakan “Mustahil bagi saya untuk bangun solat Subuh”. Sesungguhnya permasalahannya kembali pada kemahuan. Anda mahu atau tidak???


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s