Indahnya ciptaan dari-Nya

Lama sungguh tidak menginjak kaki di sini. Bersawang sana sini. Berdebu dan berhabuk di segenap ruang teratak. Sehingga kekadang terbersin pula.

Harap maaf atas lamanya tidak mengkhabarkan diri buat sementara waktu. Belakangan ini, masa yang ada dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada di sekolah mahu pun di rumah.

Terlebih dahulu memanjat kesyukuran atas pemberian Tuhan Yang Maha Berkuasa kepada kami suami isteri apabila dianugerahi dengan kandungan bayi yang amat ditunggu-tunggu. Alhamdulilah, bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat yang kini sudah berusia lebih kurang dua bulan setengah. Pada awal bulan yakni ketika bayi berumur 6 minggu, bayi masih dalam keadaan peringkat awal yang hanya menampakkan degupan jantung.

Semalam, ketika membuat scanning kali kedua, kami berasa gembira dan tersenyum apabila bayi sudah pun memiliki kepala, tangan dan kaki. Bunyi degupan jantungnya amat laju. MasyaAllah, inilah keajaiban ciptaan Allah Azzawajalla. Nyata sekali, kejadian ciptaan manusia satu cara menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan umat-Nya kepada Sang Pencipta. Rasa bertuah sekali diberi peluang dapat merasai pengalaman sebegini.

Maka, dalam bulan ini dalam keadaan isteri yang selalu kepeningan dan kepenatan membuatkan saya mengambil alih tugas isteri menguruskan rumah tangga kami agar berjalan dalam keadaan lancar dan tenang. Sehubungan itu, masa membaca dan melayari internet juga sudah semakin menurun. Proses membaca yang masih ditetapkan jadualnya adalah sebelum tidur. Tetapi, 2-4 halaman bacaan, buku pula yang membaca saya. Seterusnya, saya mengambil kesempatan untuk membaca di sekolah ketika menunggu kuliah dan kelas tutorial.

Buat masa sekarang, genre pembacaan itu sudah pelbagai khususnya berkaitan dengan genre kekeluargaan termasuk buku-buku resipi. Semalam di Sibu, memilih buku resipi masakan sayur dan ala Pantai Timur keluaran Resipi@Prima. Ini adalah disebabkan isteri yang alah dengan bau-bauan dapur. Menurut ibu-ibu, keadaan ini sememangnya biasa kepada ibu mengandung pada peringkat awal. Oleh demikian, masa ini saya menjadi chef keluarga untuk menyediakan makanan. Rupa-rupanya seronok juga apabila memasak. Segala kerunsingan dan tekanan dalam minda lenyap dengan aroma rempah dan bawang goreng yang mendidih di atas kuali. Ingin pula menjadi sehebat Chef Zul (Huhu2).

InsyaAllah, jika ada kesempatan saya cuba untuk menulis resensi buku-buku di halaman ini di lain waktu apabila mempunyai masa terluang. Lama benar rasanya tidak berkongsi perihal buku di teratak ini.

Advertisements

3 thoughts on “Indahnya ciptaan dari-Nya

  1. sudahkah shah mendapatkan buku panduan untuk isteri yg tengah hamil?

    Ada beberapa surah yang elok diamalkan oleh bakal ibu dari saat disahkan mula mengandung sehingga ketika saat hampir nak melahirkan anak…

    juga doa untuk melindungi bayi di dalam kandungan.

  2. aidura sofiee,

    Terima kasih atas keprihatinan saudari Aidura.
    Sememangnya sudah dibeli buku-buku berkaitan kehamilan yang kini menjadi tatapan dan panduan kami. Antara bukunya adalah ;

    a. Detik Kelahiran Si Permata Hati (Mazneera Zainal)
    b. Si-Comelku : Panduan Ibu Hamil, Kelahiran & Menamakan Bayi (Munirah Abd Ghani).

    Jika ada bahan bacaan lain yang lebih bagus untuk dijadikan rujukan dan amalan, harap saudari Aidura sudi berkongsi bersama 🙂

  3. Assalamualaikum. Mengenal sdr. di Goodreads membawa saya ke blog ini. Sesungguhnya pada penciptaanNya terlalu agung. Terasa kerdilnya kita namun tak putus-putus bersyukur kepadaNya. Alhamdulillah, ada bicara manis yg menarik saya di blog ini. Izinkan saya menambah nama sdr Shah di blog saya, sbg kawan di Goodreads + kwn sesaudara muslim. Kecintaan bukunya satu selain tulisannya jitu. aha.. slm ukhuwah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s