Bacalah..

Syukur alhamdulilah, petang tadi dalam keadaan hujan yang mencurah lebat  akhirnya rumah dilengkapi dengan jalur internet setelah hampir sebulan menunggu setelah membuat permohonan di TM Sarikei.

Sebelumnya, sepanjang tiada kemudahan jalur maya ini, saya hanya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku dan menonton dvd di rumah bersama isteri. Banyak perkara yang saya tertinggal belakangan ini khususnya dengan beberapa peristiwa penting yang berlaku di dalam mahupun luar negara.

Pada dua hari lepas (16 Jan), satu program BACA@LRT yang dianjurkan oleh beberapa orang penulis dan orang ramai sambil dinaungi oleh Puan Ainon Mohd di Kuala Lumpur berjalan dengan jayanya. Berdasarkan kepada pengalaman yang dititipkan oleh beberapa blogger, ia mendapat sambutan yang sangat baik. Alangkah bersemangatnya saya jika dapat melihat situasi berkenaan setiap masa sepanjang menaiki pengangkutan awam terbabit.

Kini, budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Pelbagai syarikat penerbitan muncul dalam memasarkan buku-buku berbahasa Melayu. Tidak terkecuali agensi khas sebagaimana ITNM dan DBP. Yang paling dibanggakan adalah syarikat PTS yang masa ini semakin mendapat tempat di kalangan pelbagai peringkat umur atas penawaran buku berkualiti yang mempunyai banyak pilihan. Kejayaan ini nyata memberikan satu penghormatan kepada para individu yang berada di sebalik PTS sehingga membolehkan mereka bakal membuka 15 booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada bulan Mac nanti.

Harapan agar semangat membaca di kalangan masyarakat Malaysia semakin berkembang dan meluas sekaligus memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai bidang ilmu.

Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang berilmu. Bukan bangsa yang dimomokan dengan hiburan yang sia-sia.

Kredit gambar : Nur Shahidat Mohamed

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s