Salam 1431H

Cuti persekolahan akhir tahun hanya tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Ramai ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti di tempat-tempat yang menarik dalam negara mahupun luar negara. Bagi pasangan lelaki dan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga, sudah semestinya cuti sebegini dijadikan peluang untuk membuat majlis kenduri perkahwinan. Percutian kali ini saya tinggal bersama isteri dan mertua di Kelana Jaya. Setiap minggu ada sahaja majlis walimah berlangsung di kawasan sekitar.

Mengambil kesempatan ini juga, saya dan isteri bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Sudah semestinya menjadi kewajipan untuk singgah di mana sahaja kedai yang menjual buku-buku. Setakat ini, saya sudah berkunjung ke dua buah kedai buku yakni Popular Bookstore di Sunway Piramid dan Fajar Ilmu Baru enterprise (FIB) di Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Sudah banyak perbelanjaan bagi membeli buku di kedai-kedai terbabit. Namun, ia masih terkawal kerana menyimpan sedikit pendapatan bagi kelengkapan di rumah sewa nanti apabila sekembalinya ke Sarawak hujung bulan ni.

Empat hari lepas, saya tewas dengan satu lagi godaan yang sudah lama berbekas dalam diri. Di Digital Mall, saya telah membeli Playstation 3 Slim dengan harga yang agak berpatutan jika dibandingkan dengan harga yang dijual di Sarawak. Sudah pasti, poket rabak untuk mendapatkan gajet ini. Aduhh.. maka, games yang dipilih sudah semestinya PES 2010 (menjadi kewajipan kepada gamers) dan Uncharted 2 : Among Thieves. Kehadiran gajet ini bakal menjadi cabaran kepada diri untuk memanfaatkan masa membaca tahun hadapan.

Belum terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431H kepada seluruh umat Islam.

2 thoughts on “Salam 1431H

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s