Cuti akhir tahun..

Lama benar rasanya tidak menjengah di ruangan ini. Bukan tiada kesempatan, cuma agak kebuntuan dan kekeringan idea untuk menitipkan sebarang khabar apabila cuti sekolah bermula sebegini. Mungkin ini ada sedikit peristiwa yang berlaku sepanjang cuti persekolahan yang sudah pun kini semakin meniti penghujungnya.

I

Petang tadi berakhirnya peperiksaan STPM 2009. Saya yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan turut merasakan kegembiraan bersama para pelajar selepas hampir 3 minggu peperiksaan berlangsung dan kini sudah pun berakhir dengan selamat dan lancar.

II

Setelah lapan bulan terpisah dek Laut China Selatan, saya memanjat kesyukuran apabila isteri dapat berpindah untuk berkhidmat bersama-sama di kawasan kediaman (Bintangor) bermula tahun hadapan. Rumah sewa pun sudah dikenalpasti. Hanya menunggu masa untuk diduduki. Maka, bermula episod kehidupan berumahtangga bersama isteri kesayangan.

III

Awal bulan ini, saya telah mencapai target untuk menghabiskan pembacaan lima puluh buah buku. Ia merupakan kali pertama saya membuat pengukuran kuantiti buku yang dibaca dalam sesuatu tempoh. Kalau diikutkan keadaan, sebenarnya mampu mencapai tahap yang lebih tinggi jika ditolak dengan masa menonton televisyen, bermain games (ps3), melayari internet dan pelbagai aktiviti lain yang mencuri-curi masa membaca. Tidak termasuk dengan hal ehwal tugas di sekolah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s