Kasih sayang, culik dan rasuah

I dont know who you are,

but

If you dont let my daughter go

I will find you

I will kill you

Itu lah antara bait-bait kata yang membuatkan penonton filem ini berasa teruja untuk mengetahui apakah yang berlaku selepas itu.

Sebelumnya, Bryan Mills (Liam Neeson) adalah seorang bekas agen penyiasat rahsia kerajaan yang telah bersara. Sepanjang kariernya yang sulit telah menyebabkan kehidupan peribadinya musnah apabila bercerai dengan isterinya dan kini, isterinya tinggal bersama suami baharu bersama anak perempuannya, Kim yang sudah menginjak umur remaja.

Filem ini mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang ayah kepada anaknya sehingga segala perkembangan anak diambil tahu supaya anaknya berada dalam keselamatan yang baik di bumi asing. Ini mungkin disebabkan oleh tabiat yang telah tertanam dalam sepanjang kariernya sebagai agen kerajaan. Kisahnya bermula apabila Kim yang diberi keizinan melancong ke Paris bersama rakannya, Amanda secara persendirian tanpa ditemani ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Ketika baru sahaja menginjakkan kaki di bumi Paris, Kim dan Amanda telah diculik oleh sebuah kumpulan sindiket pelacuran di rumah tumpangan mereka.

Tuah menyebelahi Bryan apabila Kim sempat menelefonnya secara bersembunyi memberitahu ciri-ciri geng tersebut. Selepas itulah bait-bait kata di atas tadi diucapkan kepada salah seorang geng tersebut yang memegang telefon bimbit Kim dan berkata “Good Luck” sebelum meleraikannya.

Kehebatan filem arahan Pierre Morel ini adalah terkandungnya tiga perkara utama yang ingin disampaikan. Pertama, berkenaan kasih sayang seorang bapa kepada anak sehingga melampaui segala-galanya agar anaknya berada dalam keadaan selamat di negara asing. Kedua, isu korupsi yang diamalkan oleh pihak berkuasa Perancis yang bersekongkol dengan geng sindiket dengan nisbah keuntungan yang dibahagikan. Ketiga, bagaimana keasingan di negara luar menjadi kemudahan kepada geng sindiket melakukan penculikan wanita muda untuk dijadikan pelacuran.

Lakonan Liam Neeson dalam filem ini nyata sekali memberikan impak yang sangat bagus dengan peranannya sebagai seorang bapa dan bekas agen perisikan demi menyelamatkan anak gadisnya. Filem yang berunsurkan aksi dan keganasan ini mungkin sesuai ditonton oleh kaum dewasa sahaja bagi mengelakkan kanak-kanak terikut-ikut dengan aksi yang dipertontonkan. Berkenaan filem Taken ini, ia memberikan pengajaran kepada para wanita agar lebih berhati-hati ketika berkembara di bumi asing agar tidak mudah dieksploitasikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan sendiri. Lihatlah bagaimana liciknya kegiatan sindiket tersebut menggunakan wanita muda yang baru sahaja masuk ke negara Paris misalnya, diculik sebelum diberikan dadah dan seterusnya dijadikan pelacur dengan dihantar  dan dijual ke negara-negara yang lain.

Kekuatan filem yang ditayangkan tahun 2008 ini adalah penerapan unsur ketegangan dan suspen yang berterusan semenjak  pencarian Bryan di bumi Paris menyelongkar setiap sisi dan sudut jenayah kumpulan sindiket tersebut sehingga penemuan anaknya, Kim yang sedang dalam pelelongan sebelum  beberapa jam dibawa keluar dari negara Perancis dan kelewatan mungkin akan menyebabkan kegagalan penemuan anak gadisnya buat selamanya. Filem ini juga mengingatkan kita kepada kes-kes penculikan wanita dan kanak-kanak perempuan di negara kita yang masih lagi gagal ditemui seperti adik Sharlinie yang kita tidak tahu akan nasibnya sehingga kini.

Kesedaran di kalangan penonton bahawa jenayah tidak akan dapat dibanteras jika masih terdapat tangan-tangan belakang yang mengambil rasuah demi kelangsungan hidup untuk melindungi kegiatan kumpulan jenayah dalam negara. Maka, rasuah itu sememangnya perosak dan penghancur negara. Ia bukan hanya dilaungkan dengan slogan dan tanda  pin di dada. Tindakan dan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh sahaja yang dapat membanteras gejala kotor ini daripada menjangkiti barah rasuah yang sedia ada sekarang.

Bintang yang diberi adalah 4/5.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s