Buku-buku berharga

Sesi persekolahan tahun 2009 sudah pun berakhir pada hari ini bagi sekolah saya. Sekolah berhampiran ada yang sudah mula bercuti dari minggu lepas lagi. Semuanya adalah untuk memberikan laluan kepada calon SPM dan STPM yang bakal menjawap peperiksaan mulai besok.

Sempena cuti ini, maka masa membaca kembali bertenaga. Betapa diri ini tidak sabar untuk menjamah  buku-buku berada di rak yang masih belum sempat untuk diuliti bersama rakan pembaca tegar yang lain masing-masing melayani imaginasi dan berendam dalam lautan ilmu.

Sebentar tadi selepas solat maghrib, saya menemani adik bongsu berusia 8 tahun untuk meminjam buku di perpustakaan awam Bintangor. Kali terakhir saya berkunjung ke perpustakaan awam di kawasan tempat saya adalah pada tahun 2004 yakni ketika masa cuti semester. Ini bermakna sudah masuk 5 tahun saya tidak menginjak kaki ke situ. Sebelum ini, saya membaca dengan hanya mengisi waktu sahaja bukan pembaca tegar sebagaimana kini. Maka, di perpustakaan awam ini hanya terdapat buku-buku lama keluaran DBP tanpa ada sebarang buku baharu. Ketika itu, saya masih tidak mengenali nama-nama besar pengarang tanahair. Atas faktor itu, saya sudah mula kurang bermesra ke perpustakaan.

Maka, tadi merupakan satu sejarah untuk kembali dengan jiwa membaca yang sudah sebati dalam diri. Sambil adik memilih-milih bukunya, saya berkunjung dari satu rak ke satu rak. Sememangnya perpustakaan ini tidak banyak berubah. Masih kekurangan buku-buku baharu terbitan pelbagai agensi penerbitan sekarang ini yang menguasai pasaran buku dalam negara seperti PTS, Ameen, Karnadya, Alaf21 dan Kemilau Publika.

Tiba di satu rak, saya tersenyum panjang. Betapa gembiranya hati apabila melihat begitu banyak sekali buku edisi lama karya-karya agung penulis negara seperti Keris Mas, Shahnon Ahmad, A. Samad Said, S. Othman Kelantan dan Arena Wati. Dalam hati sudah berbunga-bunga. Girang bukan kepalang. Memang sudah berhajat lama untuk mengenal tulisan karya-karya ini semua. Pelbagai tajuk dapat dilihat..  Begawan, Sukma Angin, Debu Merah, Sandera, Pengembaraan A. Samad Said dan banyak lagi.

Saya rasa bertuah kerana perpustakaan awam ini masih mengekalkan buku-buku lama yang kini sudah semakin sukar untuk dicari di pasaran. Kalau ditanya pada syarikat penerbitan pun, belum pasti apakah buku itu masih diterbitkan atau tidak. Nilainya sungguh besar untuk mendapatkan buku ini. Terasa rugi pula apabila tidak mengenali tulisan karya para sasterawan negara.

Maka, besok adalah misi untuk memulakan hari untuk mengenal karya agung.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s