Google Sumbangkan Dana untuk Organisasi Yahudi

Seorang jutawan Yahudi dari etnik Rusia, Sergei Brin yang disebut-sebut sebagai salah seorang pendokong utama Google, search engine nombor satu di dunia internet, telah menyumbangkan satu juta dolar AS ke lembaga sosial untuk imigran Yahudi “Hiace“.

Lembaga sosial “Hiace” diketahui milik organisasi imigran Yahudi Amerika yang membantu para imigran Yahudi di dunia dan khusus untuk kependudukan Zionis Israel dan juga imigran Yahudi di Amerika Syarikat. Organisasi ini dikhabarkan berpusat di New York. Brin menyerahkan bantuannya ini dalam rangka memperingati 30 tahun keluarnya beliau dan keluarga dari Union Soviet dan menetap di Amerika Syarikat.

Ketua lembaga itu dalam sambutannya dengan bangga mengatakan, “Tanpa adanya lembaga pembantu imigran Yahudi, Brein tentu tak akan sehebat sekarang, dan kita tidak akan mendapati Google sehebat ini”.

Beliau kemudian menceritakan, bagaimana keluarga Brein mendapatkan bantuan dari Hiace, ketika usianya menginjak enam tahun dan meninggalkan Union Soviet untuk menghindari gerakan anti-semit di sana. Brein dan keluarganya kemudian menjadi imigran di Amerika dan membesar serta berjaya di sana.

Organisasi Yahudi ini pun mengaku membantu nasib 4-5 juta imigran Yahudi di dunia. Orang-orang Yahudi memang dikenal memiliki rasa solidariti yang tinggi, kebanyakan dari mereka yang sukses dalam bidang perniagaan tidak berasa sangsi lagi untuk menyumbangkan jutaan dolar keuntungan peribadi mereka demi kemaslahatan kaumnya.

Sumber dipetik dan diubah suai daripada  Era Muslim.

Aduhai, sudah menjadi pengguna Google yang tegar. Anjakan segera..

Advertisements

2 thoughts on “Google Sumbangkan Dana untuk Organisasi Yahudi

  1. sebenarnya kita patut belajar daripada mereka…berusaha sedaya upaya menyumbnag samada dalam bentuk kewangan dan tenaga untuk Islam. Kalau mereka boleh buat sedemikian untuk Yahudi, kenapa kita tidak mampu untuk Islam, agama yang sebenar2nya.

  2. Welma,

    Setuju sangat tu. Segelintir golongan Muslim bila dah berharta ramai yang mula lupa diri membantu insan-insan yang memerlukan.. Lihat sahaja jutawan-jutawan Arab yang berbondong-bondong membeli kelab bola sepak Eropah daripada memberikan pertolongan dan bantuan kepada insan yang tewas di Palestin amnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s