Keperibadian Unggul

Manusia telah diciptakan sebagai makhluk yang paling mulia di muka bumi. Tiada yang dapat menandingi keistimewaan yang Allah swt telah ciptakan ini. Dalam menjalani kehidupan, manusia diingatkan agar sentiasa bertakwa dan patuh kepada ajaran-Nya demi kebahagiaan hidup di akhirat kelak. Justeru, untuk menjadi hamba-Nya yang paling disayangi, manusia harus menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala maksiat dan merosakkan.

Diari Nabi saw

Persoalannya, berapa ramaikah manusia yang benar-benar menghayati ajaran agama yang dipegang dan mengamalkannya di jalan yang telah diredhai-Nya. Siapakah ikon kehidupan yang menjadi ikutan kita sepanjang kita bernafas di muka bumi ini? Jika ditanya kepada sesetengah para remaja, sudah pasti meluncurnya nama ikon-ikon barat mahupun tempatan yakni artis-artis hiburan yang tidak berapa molek itu daripada bibir mereka. Berapa peratuskah pula umat Islam yang menjadikan Nabi Muhammad saw  sebagai suri teladan dalam kehidupan sekarang?

Diari Hidup Rasulullah saw merupakan sebuah buku yang amat bagus dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada umat Islam iaitu berkenaan amalan sunah yang dikerjakan oleh Baginda saw.  Sebagaimana diketahui umum, banyak sunah yang diamalkan oleh Rasulullah saw untuk dijadikan sebagai ikutan. Namun, di dalam buku ini pembaca akan didedahkan dengan 7 sunah utama yang dikerjakan dalam kehidupan baginda seharian. Rasulullah saw memulakan setiap hari dengan solat tahajud, kemudian diikuti mentadabbur al-Quran, solat subuh secara berjemaah di masjid, menghiasi pagi hari dengan solat duha, bersedekah, memelihara wuduk sepanjang masa dan mencintai zikrullah.

Dalam setiap sunah yang diamalkan baginda, pembaca akan didedahkan dengan hikmah dan keistimewaan amalan tersebut dalam kehidupan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakannya. Misalnya, menunaikan solat malam (tahajud) kita akan didedahkan kepada hikmah yang begitu bermakna sekali. Sebagaimana menurut Abu Hurairah yang meriwatkan Rasulullah saw berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan mengatakan ‘Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaKu, pasti Aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaKu, pasti Aku ampuni’ (Hadis riwayat Al-Jamaah). Alangkah bertuahnya insan yang mengamalkan solat tahajud di malam hari.

Di samping itu, pembaca turut berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman sendiri penulis-penulis buku ini dengan kisah realiti yang begitu menggugah keimanan dan bisa memberikan kesedaran. Salah satu daripadanya adalah bagaimana situasi di kota Jakarta menurut cerita benar yang dialami oleh penulis semasa berduyun-duyun kereta penduduk Jakarta membelahi jalan raya untuk urusan dunia (bekerja) di waktu subuh hari. Tetapi menjadi kejelikan adalah kepergian sesetengah daripada mereka ke tempat kerja pada waktu yang terlalu awal adalah disebabkan untuk memuaskan nafsu mereka melakukan maksiat bersama rakan setugas di pejabat yang masih kosong di pagi hari. Astaghfirullah.. Itu di Indonesia. Bagaimanakah pula keadaannya di negara kita Malaysia? Renung-renungkah lah..

Sebenarnya masih banyak maklumat dan ilmu yang dapat diperolehi dalam buku ini khususnya bagi amalan sunah yang lain-lain diamalkan oleh junjungan Nabi Muhammad saw. Walaupun bukunya agak nipis yakni 138 muka surat, namun isinya mengandungi hikmah yang amat besar sekali untuk dijadikan sebagai rujukan dan bimbingan kepada pembaca sekaligus membuat anjakan dalam kehidupan seharian dengan menjadikan Rasulullah saw sebagai ikon yang sebenar.

Tajuk : Diari Hidup Rasulullah s.a.w

Penulis : Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslih Aziz dan Muhammad Syamsul Yakin.

Penerbit : PTS Millenia

Harga : RM11.90 (Semenanjung Msia) / RM13.90 (Sabah/Sarawak)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s