Strategi Bisnes Man Utd

Bukan Sekadar Bola. Ini Cerita Bisnes.

Sudah pasti ramai yang tidak asing lagi dengan raja bola sepak Britain yakni kelab Manchester United (MU). Pelbagai peringkat umur tidak kira kanak-kanak sehingga warga dewasa begitu fanatik dengan pasukan ini. Sebut sahaja beberapa bintang kelab tersebut pasti ramai yang mengenali mereka seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs, Van der Sar dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, kita juga mengetahui  MU yang adalah pasukan yang kaya sehingga dapat bertahan sebagai kelab terbaik di dunia. Setiap akhir musim, mereka berkemampuan untuk membeli beberapa bintang bola sepak yang cukup gah namanya. Malahan, mereka juga mempunyai kepakaran untuk membeli pemain-pemain muda yang berpotensi besar untuk menjadi jaguh bola sepak pada masa hadapan. Lihat sahaja Cristiano Ronaldo, Nani, Ruud van Nistelrooy yang mencipta nama ketika berjuang bersama MU. Tambahan lagi, mereka juga tidak kekeringan dengan pemain remaja yang dilatih dengan kemudahan yang terbaik di akademi mereka sehingga memberikan keuntungan kepada MU dalam jangka panjang. Misalnya, David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville dan Macheda.

Situasi ini adalah beberapa contoh bagaimana MU meneruskan kelangsungan mereka sebagai jagoan bola sepak di peringkat Eropah malahan di dunia amnya. Di sebalik kejayaan MU dalam bola sepak, sebenarnya ia dipengaruhi oleh bidang pengurusan atau tulang belakang MU yang diurus dengan cukup menarik sekali.

Semua ini dapat anda baca melalui buah tangan Ashadi Zain dalam buku Strategi Bisnes Manchester United keluaran terbaru PTS Profesional. Di dalam buku ini bukan sahaja mengisahkan berkenaan sejarah awal kewujudan MU, tetapi ia dilengkapkan dengan fakta dan penjelasan yang cukup lengkap bagaimana pihak pengurusan MU menjalankan strategi yang cekap bagi meningkatkan jenama kelab bola sepak mereka di peringkat dunia.

Bagi peminat pasukan MU, mereka seharusnya mendapatkan buku ini untuk mengetahui dengan terperinci bagaimana kelab kesayangan mereka menjalankan bisnes sehingga kelab mereka menjadi pasukan yang paling bernilai di peringkat dunia dengan sumber kewangan yang kukuh serta sejarah stadium keramat Old Trafford yang dikenali sebagai Theatre of Dreams. Sebagai pengetahuan, melalui stadium ini sahaja MU bisa menjana kewangan selain fungsinya sebagai penjualan tiket. Banyak rahsia di sebalik stadium ini yang perlu diketahui bagaimana ia menjadi salah satu daripada strategi MU mencipta sumber pendapatan.

Sehubungan itu, saya amat bersetuju atas tindakan FAM yang ingin menswastakan liga tempatan Malaysia. Mungkin dengan langkah ini, kelab bola sepak di Malaysia kreatif dalam mendapatkan penajaan dan menguruskan sumber pendapatan kelab sekaligus merancakkan perkembangan liga tempatan. Kini, jika diteliti bagaimana sambutan terhadap bola sepak negara kita sudah semakin dingin. Kumpulan peminat bola sepak lebih suka membicarakan hal bola sepak di Eropah. Keadaan ini amat berbeza dengan era 80-an dan 90-an di mana sambutan pada bola sepak tempatan amat memberansangkan sekali.

Keadaan ini ditambah lagi dengan kekecewaan terhadap prestasi pasukan kebangsaan yang nyata sekali menjadi jaguh kampung sahaja. Baru-baru ini Malaysia menjadi mangsa kepada pasukan kerdil, Laos dalam perlawanan antarabangsa di Thailand.

Amat memalukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s