Lebaran bersama isteri

Syawal 1430HCepat benar masa berlalu. Kita sudah pun memasuki 9 Syawal. Ini bermakna sudah 9 hari kita pergi meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semalam juga saya menghantar isteri balik di Lapangan Terbang Sibu dengan perasaan yang amat berat sekali. Kepergian isteri sudah pasti mengundang kerinduan lagi buat sementara atas tuntutan komitmen yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan apabila bermulanya sesi persekolahan.

Namun, bertuah rasanya apabila dapat menikmati kemudahan ICT sekarang yang cukup menyenangkan kami yang berada di kejauhan. Perkembangan teknologi semasa mengubat kerinduan melalui kiriman SMS dan perbualan di telefon serta sekali sekala berhubung menggunakan YM menerusi saluran internet.

Syawal pada tahun ini menjadi sejarah kepada kami untuk menyambutnya bersama-sama sebagai sepasang suami isteri. Tahun ini, kami meraikan Syawal di kampung halaman saya, Bintangor. Kejutan kepada isteri apabila suasana hari raya di sini amat berbeza berbanding di Semenanjung. InsyaAllah, pada tahun hadapan giliran bersama isteri menyambut lebaran di Melaka pula.

Lebaran di sini, setiap rumah dihidangkan dengan pelbagai kuih muih terutamanya aneka kek, biskut dan makanan ringan khas untuk kanak-kanak. Disertakan juga hidangan berat yakni ketupat, lemang, kelupis, nasi minyak, rendang ayam dan daging serta kari ayam/daging. Di samping itu, tetamu dihidangkan dengan air lemenet (berkarbonat) di setiap rumah. Sememangnya Syawal di Sarawak memberikan kejutan kepada isi perut setelah berpuasa sebulan.

Di Sarawak juga, amalan tradisi kunjung mengunjungi dari rumah ke rumah masih lagi giat berjalan. Sepertimana pada Syawal pertama, rumah saya diamuk oleh rakan-rakan ayahanda dan jiran tetangga dari pagi sampai ke malam tanpa henti. Malamnya semua ahli keluarga kepenatan tidak dapat menahan kantuk untuk tidur awal.

Suasana sebeginilah yang dikatakan isteri sudah semakin pudar disambut di kampung halamannya.

Jika diamati, sekarang amalan kunjung mengunjungi sememangnya sudah semakin berkurangan diamalkan berbanding dahulu. Saya masih ingat bagaimana ketika masih bersekolah rendah, saya dan rakan-rakan membuat kunjungan ke setiap rumah di kampung sehingga tidak larat untuk menjamah makanan pada akhirnya akibat terlalu kekenyangan. Pada masa itu, masing-masing berlumba-lumba siapakah yang paling banyak mengunjungi rumah. Tak kira rumah sesiapa pun. Manis sungguh saat menyambut raya ketika zaman kanak-kanak.

Kini, semua memori itu menjadi kenangan indah dan kepulangan isteri membuatkan diri terasa sunyi dan kesepian semula.

Rindu padamu.

Advertisements

8 thoughts on “Lebaran bersama isteri

  1. Assalamualaikum,
    Salam Syawal, salam ziarah. Blog yang bagus.

    “Kini, semua memori itu menjadi kenangan indah dan kepulangan isteri membuatkan diri terasa sunyi dan kesepian semula.”

    Percayalah kemanisan dan kenangan indah paling dinikmati istimewanya apabila kita ‘berpisah’. Nikmati perpisahan sementara ini sebelum bertemu kembali.

    al-Kurauwi
    http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com

  2. Belum terlewat lg,camat ari rayo…maap zahir jer…
    Betul kata kurauwi tu,sementara berjauhan ni, nikmatilah perasaan kerinduan yang dianugerahkan sebegitu unik oleh yang maha kuasa tu. Tidak semua orang dpt menikmati keunikan rindu berjauhan tu… Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata2…

  3. ibnuahmadalkurauwi,

    Waalaikumussalam. Salam lebaran juga dan terima kasih atas lawatan ke teratak ini.

    Sememangnya perpisahan sementara ini membuatkan diri terasa lebih menyayangi dan merindui pasangan yang jauh dengan perasaan yang mendalam sekali. Terasa penghargaan jasa isteri walau pun bersama dalam jangka masa yang singkat.

  4. Tukang Karut,

    Selamat hari raya..maaf zahir dan batin juga dari saya rumah lorong depan. Hehe.

    Memang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Hanya isi hati yang mengetahui kerinduan dan kasih sayang yang bertaut. 🙂

  5. kakyani,

    Terima kasih atas kunjungan di sini. Iya..sememangnya kini bersabar menanti keputusan perpindahan daripada pihak KPM 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s