Salam Lebaran

Dentuman mercun sudah menyepi berbanding 2-3 jam yang lalu. Kegembiraan kanak-kanak dan anak muda kepada sambutan Aidilfitri memang amat mengujakan mereka. Jika dahulu, saya menerima duit raya. Pada raya kali ini, giliran saya pula untuk memberi duit raya kepada adik-adik dan tetamu.

Alhamdulilah, setelah hampir sebulan berpuasa, kita meraikan kemenangan dan memanjat kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk merayakan Aidilfitri atas kesabaran dan ketahanan kita dalam menunaikan ibadat berpuasa menahan makan dan minum serta mengawal nafsu dalaman diri. Berakhirnya Ramadhan kali ini akan melahirkan kerinduan kita pada bulan mulia ini pada 11 bulan lagi yang akan datang. Cukup kah amalan kita atau berjaya kah kita menginsafi diri daripada segala dosa lalu dan seterusnya meneruskan kehidupan dengan agenda dan jati diri baharu yang lebih segar dan utuh kepada-Nya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Lebaran ini merupakan yang pertama dalam hidup untuk meraikannya bersama isteri tersayang. Pada tahun ini, kami merayakannya di kampung halaman saya di Bintangor, Sarawak. Dan kehadiran isteri nyata bakal menambahkan lagi keserian dan kemeriahan Syawal bagi keluarga saya. Untuk berjimat, kami hanya memakai baju pengantin sebagai baju raya tahun ini. (Hehe..)

Sehubungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI kepada para pengunjung blog ini dan sesiapa yang mengenali diri saya. Maaf zahir dan batin. Sila jemput ke rumah untuk meraikan hari raya dengan menikmati juadah yang terhidang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s