Kes pelajar lagi

Apa yang sudah berlaku sebenarnya. Semakin hari pelbagai masalah dan nanah yang menjangkiti warga institusi persekolahan. Hari ini dalam akhbar menunjukkan bagaimana trend penagihan dadah di kalangan pelajar sekolah meningkat dalam masa tiga tahun.

Pada tahun 2007, seramai 117 orang yang positif dadah diikuti 159 orang pada tahun berikutnya. Tahun 2009 (sehingga Ogos) sebanyak 306 orang pelajar terbabit dalam kes ini. Peningkatan ini memberikan satu petunjuk kepada masyarakat bahawa kes salah laku di kalangan pelajar semakin membarah. Sebelum ini pelbagai kes kita pernah dengari misalnya kes buli, rogol, gangsterisme, pelajar menumbuk guru dan seks bebas.

Golongan pelajar yang paling ramai terlibat sudah semestinya Melayu yang dikenali sebagai bangsa yang beragama Islam. Ke manakah hilangnya jati diri dan keimanan yang menjadi sebagai pendinding kepada nafsu dan tingkah laku dalam kehidupan? Sebagai orang Melayu, saya berasa amat malu dan kasihan dengan nasib orang Melayu sendiri yang sudah semakin jauh menyimpang daripada norma kehidupan. Bagaimana pula dengan nasib negara kita jika golongan pelajar yang bermasalah ini memegang tampuk pemerintahan di masa hadapan. Adakah kita hanya mendiamkan diri sahaja meratapi nasib malang yang menimpa nanti.

Kredit gambar daripada Zamdee

Budaya hedonisme yang melanda jiwa para remaja sekarang cukup mengesankan. Kebanjiran hiburan yang melampau daripada media massa menjadikan masalah ini sudah semakin sukar untuk dirawati. Sebagai guru, dalam kelas pelajar sudah semakin hilang sikap hormat kepada insan yang mendidik mereka. Kesopanan juga diabaikan. Keadaan ini amat berbeza dengan tahun 90-an dahulu di mana pelajar amat gerun dengan kelibat guru. Budaya menghormati orang yang lebih dewasa masih meninggi sekali.

Di sekolah, subjek Pendidikan Islam hanya diajar beberapa waktu sahaja dalam seminggu. Berbanding dengan subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang diajar dengan kuantiti masa yang banyak dalam masa satu minggu. Situasi ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan negara kita terlalu menekankan prestasi akademik dan mengabaikan pemantapan kerohanian pelajar. Sememangnya, kita tidak menolak kepada kemajuan dalam bidang profesional tetapi ia hendaklah seiring dengan pegangan agama yang ampuh untuk menempuh arus kehidupan.

Semoga umat Islam menyedari dan peka dengan masalah ini dengan mengambil pelbagai pendekatan untuk menyelamatkan bangsa yang tewas dalam gejolak keduniaan sekarang. Apakah salahnya jika negara ini diperintah secara Islam sepenuhnya dari segi hukum pelaksanaan dan pentadbirannya. Islam itu adil kepada semua bangsa dan agama.

Advertisements

2 thoughts on “Kes pelajar lagi

  1. Kerajaan telah membentuk bermacam2 usaha untuk mengatasi tingkah laku pelajar kitai, tetapi masalah ini masih berlaku malah semakin membimbangkan. Menjadi satu persoalan kepada saya, kenapa perkara ini semakin membimbangkan sedangkan kerajaan telah melakukan berbagai-bagai usaha untuk mengatasi masalah ini??

    Apa yang saya dapati, pelbagai kajian telah dibuat oleh sarjana-sarjana ataupun mahasiswa kita untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini, tetapi ianya hanya sekadar menjadi penghias kepada rak-rak perpustakaan. Sepatutnya kajian-kajian yang dilakukan oleh pelajar2 ini diambil kira untuk mengubal dasar ataupun untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan bukanya sekadar menjadi penghias rak-rak buku di perpustakaan. Golongan akademik juga perlu memainkan peranan untuk membendung masalah ini, bukannya sekadar berhujah dengan fakta tetapi secara praktikalnya ‘kosong’.

    Oleh itu, bagi saya, untuk membendung masalah ini, kajian-kajian yang dilakukan oleh mahasiswa dan ahli akademik harus dijadikan panduan bukannya sekadar dilakukan atas cadangan orang yang berkuasa.

  2. skuterhijau,

    Terima kasih atas kunjungan di teratak ini. Sebenarnya, saya juga bersa runsing dengan permasalahan ini. Sebagai seorang guru, saya melihat sendiri bagaimana tahap keperibadian pelajar yang bermasalah itu semakin membimbangkan jika dibandingkan dengan era saya sebagai pelajar dahulu.

    Berdasarkan pandangan anda, turut ada kebenarannya. Kini, pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh mahasiswa/i kita dalam mendalami isu ini. Namun, tiada tindakan yang berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Hanya kembali kepada agama adalah menjadi jalan penyelesaiannya. Bukan di peringkat sekolah sahaja, malahan di peringkat akar umbi lagi. Sebagaimana menurut Mother Theresa, jika ingin menjadi negara yang baik harus bermula daripada sebuah keluarga yang baik. Pihak media pula harus ditekan dengan bahan hiburan yang tidak melampau dan memperbanyakkan program keilmuan dan ketauhidan.

    Pokok pangkalnya semua adalah daripada ibu bapa dan pihak pemerintah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s