Aku dan buku lagi 2

Ah..baru lega rasanya apabila dapat berehat seketika daripada tugas yang membebankan pada hujung minggu sebegini. Kini, saya sibuk sekali untuk menyemak kertas jawapan (karangan) pelajar yang sememangnya betul-betul menguji kesabaran dan ketelitian. Ada karangan yang memuaskan dan ada juga masih begitu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum ujian sebenar menjelang bulan November yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Maka, hujung minggu ini saya banyak menghabiskan masa untuk berehat seketika dengan membaca..membaca..membaca. (tercapaikah niat untuk menghabiskan 50buah buku pada tahun ini?)

Sehubungan dengan kadar kekerapan yang semakin berkurangan untuk menjejakkan diri di halaman ini, maka dengan masa yang ada sekarang memberi saya peluang untuk berkongsi tentang sebuah kedai buku yang dikunjungi pada cuti sekolah yang sudah berlalu. Sesungguhnya, selama ini saya selalu sahaja bersiar-siar di kawasan Jalan Masjid India bersama rakan-rakan (ketika menjadi mahasiswa) dan sesudah beristeri. Alangkah ruginya betapa diri tidak menyedari kewujudan sebuah kedai buku di Wisma Yakin.

Fajar Ilmu BaruItulah keberuntungan apabila mempunyai rakan-rakan blogger yang berkongsi minat yang sama terutamanya pasal buku-buku. Pengalaman mereka ke kedai-kedai buku terpilih menyedarkan saya akan kewujudan kedai buku ini beberapa bulan yang lalu. Terima kasih kepada saudara Jiwarasa yang sudi berkongsi perihal ini di blog beliau. Jika tidak, sampai bila agaknya saya ketinggalan zaman.

Kedai buku yang dimaksudkan adalah Fajar Ilmu Baru Enterprise (FIB). Berdasarkan latar belakangnya, FIB telah pun beroperasi semenjak tahun 2005 lagi. Keistimewaan FIB adalah dalam mengimport, membekalkan dan menawarkan buku-buku ilmiah Islam dari Indonesia yang bersifat umum sehingga kepada peringkat ilmiah/kajian. Tidak ketinggalan, di sini juga menempatkan banyak buku fiksyen yang ditulis oleh penulis terkemuka dari luar negara yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia.

Pada hari pertama kehadiran saya, tidak ramai pengunjung yang bertandang membelek-belek buku di situ. Ada dalam 3-4 orang sahaja. Agaknya tidak ramai yang tahu kedudukan FIB yang berada di Tingkat 2 Wisma Yakin sebagaimana saya dulu. Ini mungkin promosi/banner yang terdapat di ruang legar di bawah sahaja serta kedudukannya agak terlindung daripada laluan orang luar yang diselindungi oleh pakaian dan gerai-gerai kecil di halaman pejalan kaki.

Ruang hadapan

Ruang hadapan FIB sebaik sahaja keluar daripada lif

Buku yang ada di FIB

Sebahagian buku yang terdapat di rak dengan kadar diskaun

Ketika kaki menginjak ke dalam kedai tersebut, muncul satu roh yang tidak terkeruan apabila teruja sekali melihat begitu banyak buku-buku yang memikat hati. Semua rak buku saya lewati. Saya hanya meninjau-ninjau kerana tidak membawa modal yang banyak dalam dompet. Saya hanya mencari-cari buku yang betul-betul ingin dibeli sejak sekian lama. Akhirnya, saya hanya membeli 4 buah buku sahaja yakni ;

1. Kenang-kenangan Hidup – Prof. Dr. Hamka

2. Hamka Pujangga Islam -H. Rusdyi Hamka

3. Tenggelamnya Kapal van Der Wijck – Hamka

4. The Hidden Face of Iran – Terence Ward

Buku hari pertama

Pada hari seterusnya, saya kembali ke FIB untuk mendapatkan buku yang lain dengan berbekalkan modal yang sudah sedia ada. Kali ini, sekali lagi saya hampir ditewasi oleh nafsu yang begitu kuat sekali sehingga merasai ingin membeli semua sekali. Nasib saya sudah membuat senarai awal akan buku ingin dibeli sebagai pendinding untuk menentang nafsu membuak-buak yang amat. Kepergian kali ini membuatkan diri terasa puas sekali dan amat bermakna apabila sudah ke kaunter membuat pembayaran. Buku yang diperolehi adalah ;

1. Seorang Sultan di Palermo – Tariq Ali

2. Bayang-bayang Pohon Delima – Tariq Ali

3. Istanbul – Orhan Pamuk

4. Columbus Menemukan Jejak Islam – Wisnu Arya Wardhana

5. Aku, Buku dan Cinta – Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni

6. Kita Berada di Akhir Zaman – Abu Fatihah Al-Adnani

Buku Hari Kedua

Menakjubkan bahawa kesemua buku ini dibeli dengan kadar diskaun 20%. Maka, semuanya  berkos di bawah Rm300. Dalam hati, jika ditakdirkan umur yang masih panjang harapnya dapat berkunjung lagi pada lain masa. Tugas sekarang wajib meladeni dan menekuni kesemua buku ini kerana ia sudah dilaburkan dengan nilai yang besar sekali. Ini lah menjadi pemangkin dan semangat untuk diri agar lebih kuat MEMBACA.

Advertisements

6 thoughts on “Aku dan buku lagi 2

  1. salam,
    Sungguh, masuk ke dalam fajarilmu memang akan membuat kita tergamam. Saya dulu ingat lagi, memang sungguh tidak keruan. Tangan sudah dipegang buku tapi boleh pusing kepala kembali untuk melihat buku lain. Sampaikan semasa membayar pun, masih lagi terteleng-teleng kepala tengok buku yang lain.

    Buku Tariq Ali, Ooh, saya ada persepsi sendiri untuk karya beliau setelah membaca buku Salahuddin karyanya.

    Istanbul tulisan Orhan Pamuk itu, adakah ia sebuah novel atau buku fiksyen?

  2. Welma,

    Salam. Ya, buku Salahuddin merupakan salah satu daripada tetralogi bagi karya Tariq Ali yang lainnya. Malangnya pada hari tersebut buku Salahuddin sudah kehabisan stok. Maka, dapatkan dua buku tetraloginya dahulu. Hehe.

    Mengenai Istanbul, ia adalah sebuah memoir penulis berkenaan tempat kelahirannya. Dalam buku ini, ia menceritakan pengalaman dan pandangan Orhan berkenaan masa silamnya yang menghubungkan banyak perkara meliputi fizikal kota, perbukuan, sengketa politik dan pelbagai lagi.. Harap Welma pun berpeluang untuk menikmatinya 🙂

  3. Saya kerap membeli di FIB semasa menuntut di Cheras dahulu. Itu pun tahu kewujudan kedai ini ketika berada di tahun akhir pengajian. Sehingga kini lebih banyak membeli secara atas talian dengan mereka. Servis terbaik! ^_^

  4. Ummu Khaulah,
    Yup. FIB memang tidak menghampakan untuk mendapatkan buku terbaik. Berada di dalamnya memang tidak terasa masa cepat berlalu akibat leka dengan buku yang ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s