Ramadan bertamu kembali..

Insya Allah, seluruh umat Islam di dunia menyambut 1 Ramadan pada Sabtu ini. Ternyata, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk menikmati kenikmatan bulan yang berkat ini kerana ia menghimpunkan pelbagai ganjaran dan keberkatan kepada yang ikhlas mengerjakan ibadat puasa dan amalan-amalan sunat yang lain.

Kedatangan Ramadan kali ini juga menjadi petanda kepada blog Persepktif sudah menginjak satu tahun dalam dunia maya yang serba moden ini. Terima kasih kepada mana-mana pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada kehadirannya sehingga menjadi pendorong yang kuat bagi saya meneruskan riwayat blog ini.

Maka, mengambil kesempatan bulan yang mulia ini, saya memohon kemaafan jika sepanjang titipan dan butir bicara yang dikemukakan tidak enak untuk dibaca oleh semua. Harapan dengan kehadiran bulan ini dapat menjadi pencetus kepada peningkatan amalan kita  untuk mendapat rahmat daripada-Nya dan terus berkekalan bagi bulan-bulan yang seterusnya.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Advertisements

3 thoughts on “Ramadan bertamu kembali..

  1. Salam, semoga Ramadan yang mendatangi kita kali ini adalah yang terbaik pernah kita lalui setakat ini. Agar kita melaluinya dengan sempurna. Dan kita dapat mengakhirinya dengan penuh makna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s