Lidah arus perdana

Malam sudah terasa begitu jauh sekarang. Tetapi mata masih belum mengantuk walaupun di luar hujan renyai-renyai membasahi kepekatan malam. Hari ini saya sedikit berkecil hati sebab tidak sempat untuk memiliki Berita Harian (BH) bertarikh 19 Ogos 2009 kerana sudah kehabisan. Menghampakan lagi semua kedai-kedai yang ada turut kehabisan jualan. Terdetik dalam hati lakunya BH.

Apa yang berlaku sebenarnya sebagaimana yang diperkatakan oleh taukenya, BH cepat kehabisan kerana keluarannya terhad untuk dijual. Erk..kenapa? Malahan penjualnya tidak mengerti mengapa ia dihadkan pengedarannya. Alangkah malangnya warga pekan ini. Namun, satu lagi akhbar perdana pula berlambak-lambak penjualannya di atas meja kedai tersebut.

Sejak belakangan ini, saya mula membeli dengan kadar yang tetap bagi BH kerana bermula Isnin lalu, satu ruangan khas berkenaan sastera dimuatkan untuk tatapan setiap hari. Ini satu langkah yang baik daripada BH dalam memartabatkan isu-isu sastera untuk disampaikan kepada pembaca. Dan saya akui tidak gemar dengan sebuah lagi ‘akhbar perdana itu’ kerana terlalu ekstrem dalam menyampaikan isu dan begitu banyak menjilat segala apa yang dipolitikkan. Sehingga ruang untuk menjana pemikiran dan keadilan maklumat pembaca dikesampingkan. Jika seseorang itu jumud, sudah pasti terpengaruh kepada segala-galanya apa yang disampaikan. Lihat lah bagaimana isu-isu kecil diperbesarkan dan hanya menyebelahi sebelah pihak sahaja. Bagaimana ini dikatakan mampu melahirkan masyarakat yang kritis jika maklumat yang tidak adil disuap sepenuhnya sehingga tepu dalam pemikiran masyarakat. Mual dan jelik rasanya.

Bagi saya, akhbar itu hanya menjadi santapan saya pada setiap hari Ahad sahaja kerana ia memuatkan ruangan cerpen yang ditulis oleh penulis yang prolifik dan muda berbakat. Malahan terdapat sisipan yang berguna juga yakni Kesihatan. Sisipan yang sentiasa menjadi rujukan kepada saya dalam menyediakan bahan pengajaran. Hari-hari lain saya tidak suka kepada akhbar itu kerana ia lebih banyak membicarakan soal dunia artis yang tidak berfaedah bagi saya.

Sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya akhbar perdana menjadi sebuah badan yang bebas dalam menyampaikan kebenaran isu dan maklumat yang tepat. Bukan menjadi tunggangan sebelah pihak sahaja. Jika ini berterusan, bagaimana ia melahirkan masyarakat yang progresif dan berintelek untuk generasi seterusnya. Sedih dan terkilan.

Advertisements

2 thoughts on “Lidah arus perdana

  1. Akhbar yang mana tu? Ghase macam kenai jer…he…he…alakullihal, sebab tu le kata orang tua-tua, jika nak memuhong pun, jangan berlebihan…naik geli geleman dek oghang le pulak nak memacanya…he…he…saya ambik cara paling mudah, baca je online…he…he…

  2. Hamizul,

    Haha..akhbar mana lagi abg hamizul kalau tak akhbar ‘itu’. Rasanya semua orang pun merasai yang sama. Hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s