Cuti sakit

Hari ini saya tidak turun mengajar.

Badan terasa tidak sihat.

Kepala terasa pening. Suhu badan pula terasa di luar angka normal walaupun masih belum cukup tinggi. Tekak terasa perit untuk  menelan makanan.

Apabila dibuat pemeriksaan doktor, hanya ubat biasa untuk demam diberikan. Pesanan tambahan daripada doktor minum air suam dengan kadar yang banyak. Kurangkan aktiviti di luar.

Dalam hati sentiasa galau melihat berita di akhbar mahupun televisyen. Angka terkorban akibat virus itu sentiasa meningkat dari hari ke sehari. Kini sudah meragut 32 nyawa. Alhamdulilah, badan-badan kesihatan mula bergerak aktif sekarang di pusat-pusat awam malahan di sekolah, 2 hari berturut-turut mereka melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar dan para staf.

Sehubungan itu, pihak kementerian yang berkaitan perlu bertindak proaktif  dan mengenalpasti dengan lebih banyak alternatif tambahan bagi menangani penularan virus ini. Saringan yang ketat dan menyeluruh mesti dilakukan di mana-mana ceruk kawasan termasuk di kampung dan estet. Pemeriksaan yang lebih ketat dilaksanakan di pusat awam terutamanya di lapangan terbang. Manakala peniaga yang tidak beretika menjual topeng muka dengan harga yang tidak berpatutan juga harus diambil tindakan yang tegas sebagai pengajaran. Dan paling penting, mulai sekarang kebersihan kawasan sekitar perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat untuk mengelakkan wujudnya pelbagai virus yang lain pula di masa akan datang.

Maka, saya hanya mampu memohon kepada-Nya agar diri cepat sembuh bersama pesakit-pesakit yang lain di dalam dan luar negara. Amin.

Advertisements

3 thoughts on “Cuti sakit

  1. Salam.
    Kalau buat pemeriksaan di hospital pun, berkemungkinan besar tidak akan dilayan, kecualilah saudara telah mengunjungi negara luar dalam masa terdekat ni. Doktor kata, satu lagi simptom lain ialah sesak nafas. Kalau dah capai tahap itu, bersegeralah ke hospital.

  2. ur wife,

    Alhamdulilah..sembuh sudah isteri ku 🙂

    Nana,

    Salam Kak Nana. Lama sudah tidak mendengar khabar. Sibuk ya? Sememangnya, saya hanya berkunjung ke klinik swasta sahaja. Sudah masak sangat dengan cara bekerja sesetengah pekerja di hospital kerajaan yang menuntut kesabaran yang tinggi di kalangan pesakit. Alhamdulilah..kini, sudah terasa sihat dengan rawatan awal tempoh hari 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s