Mendekatkan diri

Pagi tadi ke sekolah udara kelihatan memutih. Dalam hati memikirkan kebiasaan putihnya embun di pagi hari. Namun, sangkaannya meleset setelah matahari mula meninggi. Putihnya itu adalah jerebu yang kini kembali melanda bumi Kenyalang.

Kali terakhir kejadian jerebu yang teruk di kala tahun 1997 di mana diri saya masih menuntut di Tingkatan Satu. Masa itu, kegilaan dengan permainan bola tidak menghiraukan darurat yang diisytiharkan oleh kerajaan. Setiap pagi cuti darurat diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh saya dan rakan-rakan untuk bermain bola di padang yang diibaratkan bermain di England pada masa itu. Keseronokan terserlah di wajah masing-masing menunjukkan skil yang hebat bagaikan bintang pujaan.

Itu semua adalah memori fenomena jerebu yang masih manis terpahat di dalam ingatan. Namun sekarang, apabila umur sudah menginjak jauh mula sedar akan kenangan silam itu. Sesungguhnya, ia merupakan aktiviti yang tidak sihat di kala bersukan dalam udara yang tidak bersih. Di kelas, peringatan diberikan kepada anak didik agar sentiasa menjaga kesihatan diri memandangkan kini negara juga sudah dihukum dengan virus H1N1 yang telah mengorbankan 8 orang nyawa termasuk seorang guru yang baru lepas bersalin di Miri, Sarawak. Dua hari lepas, hampir 300 pelajar dikuarantinkan atas simptom gejala virus terbabit sehingga menyebabkan ruang kelas agak lengang akibat ketidakhadiran pelajar yang tidak sihat.

Kadang-kadang, terasa risau di dalam diri dengan apa yang berlaku pada masa sekarang. Pelbagai virus yang bermacam-macam jenama tersebar di segenap penjuru dunia dalam masa yang begitu singkat sekali. Kemudian, perubahan cuaca yang ekstrem mencetuskan bencana-bencana alam yang dahsyat persis Tsunami di Acheh 2004.

Malam ini misalnya, terasa berbahang walaupun kipas sudah dipasang dengan semaksimum yang mungkin. Siangnya terlalu panas sehingga beberapa daerah Sarikei kini mengalami krisis bekalan air akibat kekontangan kolam perawatan air. Masing-masing isi rumah membuat simpanan air untuk urusan kehidupan seharian. Para peniaga pula sudah mula keluar ‘tanduk kecil’ mengambil kesempatan menjual bekas simpanan air dengan harga yang tidak berpatutan.

Dunia sudah mula meraung akibat lahirnya manusia-manusia yang tidak bersyukur dan bertanggungjawab. Ditimpanya bahana dan pelbagai bencana ke atas manusia agar sedar apa yang telah dilakukan. Sebagai peringatan bahawa dunia ini hanyalah kehidupan sementara.

Sesungguhnya, bermunajatlah dan mendekatkan diri kepada-Nya memohon rahmat dan perlindungan agar kita sentiasa berada di titian yang lurus dalam menongkah arus kehidupan yang kini sudah semakin mencabar ketaqwaan umat kesayangan-Nya.

Malam ini malam Nisfu Syaaban – 15 Syaaban 1430H

2 thoughts on “Mendekatkan diri

  1. ya…jerebu di bintangor…ptg semalam ingatkan ada hutan yg terbakar di kawasn yg kononnya hendak didirikan kolej swasta ya.. mungkin smua yg berlaku sebagai peringatan Allah swt terhadap umatnya…

  2. Rashidah,

    Sampai sekarang kebakaran itu belum reda menyebabkan jerebu semakin teruk di kawasan Bintangor/Sarikei. Sememangnya, ini semua peringatan agar mengasihi dan menghargai kehidupan lain khususnya alam sekitar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s