Patut dicontohi

Buku Laporan para MP

Satu artikel yang menarik. Mesti tahu.

Seperti kebiasaan, ahli Parlimen bandar Durham yang mewakili Parti Buruh  UK, Roberta Blackman Woods akan melaporkan aktiviti beliau sepanjang tahun lalu. Laporan di dalam bentuk akhbar mini sarat dengan laporan dan gambar dihantar ke rumah para penduduk Durham. Bahan bercetak tersebut  merupakan sistem sokongan kepada laman web beliau yang dikemaskini setiap hari.

Melalui saluran-saluran tersebutlah para pengundi dan warga UK akan mengetahui aktiviti dan sumbangan ahli parlimen yang telah mereka pilih. Akhbar dan media pula tidak ketinggalan menyiarkan elaun tetap dan juga elaun tuntutan para ahli parlimen dan juga councilor (lagak ADUN di Malaysia).

Hal seperti ini memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana wang cukai yang mereka bayar layak diberikan kepada para ahli politik yang dipilih. Perkara seperti ini juga membuka ruang ketelusan yang wajib ada di dalam sistem politik. Maka, berdasarkan maklumat yang ada, rakyat berhak untuk menilai para perwakilan, di pihak perwakilan pula, mereka terbuka untuk akauntabiliti.

Bukankah sistem seperti ini begitu Islamik dan juga menepati Maqasid Syari’ah.

Tiada yang tersembunyi, tiada yang istimewa, kedudukan merupakan amanah, dan amanah wajib dipersoalkan…

Mungkin di satu peringkat nanti, indeks pencapaian para ahli parlimen juga akan diwujudkan.

Bagaimana di Malaysia?

Sejauhmana anda mengenali ahli parlimen dan juga ADUN kawasan anda?

Sejauhmana anda mengetahui apa yang mereka lakukan?

Sejauhmana anda mengetahui kegiatan mereka di parlimen atau DUN?

Sejauhmana mereka membawa suara anda di parlimen atau DUN?

Sejauhmana juga anda mengetahui elaun dan juga harta yang mereka miliki?

Ini penting supaya dipastikan duit rakyat tidak disalah gunakan.

Amat malang di negara-negara Islam, sistem check and balance tidak begitu jitu. Rakyat pula tidak diberikan hak yang sepatutnya…

**Artikel diambil daripada blog (Maszlee Malik)  dan gambar beliau bersama Mayor of Durham dalam perasmian Cycling for Children in Gaza pada 6 Jun 2009.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s