Bukan H1N1

Syukur alhamdulilah. Lewat masa ini terasa agak sejuk selepas hujan lebat mencurah-curah lewat dari pagi tadi yang menusuk tulang. Kesannya, di hadapan monitor sekarang dibekalkan dengan kotak tisu akibat diserang selsema. Bukan selsema H1N1 ya! Diiringi dengan kerosakan kotak suara apabila terpaksa melontarkan penjelasan dan penerangan pelajaran dengan lebih kuat lagi agar tidak ditenggelami dengan bunyi hujan yang sangat lebat.

Minggu ini saya telah masuk ke kelas dengan menyentuh isu berkenaan budaya membaca di kalangan masyarakat di Malaysia. Sebelum penerangan, saya mengemukakan persoalan apakah yang berlaku sempena 23 April setiap tahun. Nyata sekali, hasilnya setiap ahli kelas  melongo menunggu jawapan cikgu. Cuma segelintir kecil yang mampu memberikan jawapan yang hampir tepat. Cukup memadai. Ini telah menjadi satu petunjuk kepada kita bahawa golongan remaja ini kurang mengambil berat berkenaan peristiwa besar dalam soal bidang perbukuan khususnya. Tetapi apabila disebutkan berkenaan dengan Valentine Day’s, sepantas kilat jawapan meluncur keluar dari bibir para pelajar sebelum sempat saya mengemukakan soalan berkenaan tarikh sambutannya.

Jelas sekali bahawa penjajahan barat ke atas pemuda pemudi negara ini sudah menampakkan kesannya. Hiburan yang melampau dan budaya hedonisme yang diagungkan dalam kehidupan menjadi satu pegangan kepada mereka yang cuai dan lalai tanpa memikirkan kesan dalam jangka panjang. Bilang sahaja nama-nama artis dan tarian barat yang menjadi kegilaan remaja sekarang. Remaja pasti mengenali dan mengetahuinya.

Dalam kelas, saya telah menunjukkan beberapa buah buku yang ada dalam koleksi. Yang pasti, ada segelintir pelajar yang teruja dan menunjukkan minat. Namun, ada juga yang buat tak endah dengan apa yang disampaikan. Buku-bukunya adalah bertajuk Bedar Sukma Bisu, Three Cups of Tea, Tunnels dan Sang Pemimpi. Berdasarkan pemerhatian, pelajar seolah masuk ke alam yang baru apabila saya membuat penerangan berkenaan sinopsis dan jalan ceritanya secara ringkas. Terutamanya buku Tunnels. Mengapa? Mungkin para pelajar saya gemar kepada sesebuah dunia fantasi berkenaan wujudnya satu dunia yang berlainan di bawah tanah sebagaimana yang telah saya bicarakan di sini.

Selepas itu, mereka mengaku buku-buku yang ditayangkan cukup menarik sehingga bertanyakan lokasi pembelian buku tersebut. Persoalan diajukan menjadi penyedap halwa telinga saya. Dalam hati, dengan harapan agar anak-anak didik saya berusaha untuk mendapatkan dan membaca pelbagai bahan bacaan yang bagus dan bermanfaat. Akhir sekali, para pelajar ini dapat mengemukakan pendapat mereka berkenaan faktor kurangnya budaya membaca dalam masyarakat Malaysia. Langkah penyelesaiannya kami membincangkan isinya secara bersama-sama dengan tujuan untuk memberi peluang kepada mereka meluahkan pendapat dengan pemikiran yang matang dan kritis.

* Sedang tertusuk dengan Manikam Kalbu..

Advertisements

2 thoughts on “Bukan H1N1

  1. oh baru ternampak buku threee cups of tea di borders tadi di bawah promosi ‘buy 3 at 2″.

    kenapalah tak beli?

  2. Ummu Auni,

    Wahh..satu promosi yang menarik ditawarkan di Borders. Sememangnya ‘Three Cups of Tea’ sebuah karya yang bagus untuk dikudap kerana ia menjanjikan kepuasan yang tidak terhingga 🙂 Semoga segera mendapatkannya ya. Hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s