Panggil Aku Melaju..bukan meLAYU.

Sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa atas tugasan sekolah membantutkan ruang untuk berbicara di ruangan ini. Semalam baru sahaja berlangsungnya Karnival Sukan Sekolah SMKBB. Bertugas sebagai penjaga masa di balapan telah membuatkan hari ini kulit terasa pedih semasa mandi setelah disimbahi dengan panas terik cahaya matahari  semalam.

Malam semalam juga menjadi detik untuk saya mengusaikan pembacaan novel Rahmat Haroun Hashim yang bertajuk Panggil Aku Melaju. Kisahnya memaparkan berkenaan Dr.Ridzuan iaitu merupakan ahli arkeologi dan pejuang bahasa Melayu di salah sebuah universiti tempatan yang telah ditempatkan di IMN atas gangguan mental. Walau bagaimanapun, detik-detik berlalu dan Dr.Ridzuan kembali normal apabila mampu menghujahkan pandangannya berkenaan soal orang Melayu dan bahasa Melayu yang kritis dan logik. Dan ini menjadi petunjuk kepada para pakar perubatan atas perubahan ke atas Dr. Ridzuan yang pada mulanya dikenali sebagai Mr. X.

Konflik turut berlaku di IMN atas berlakunya satu kes pembunuhan yang membabitkan beberapa orang mangsa perempuan yang dibunuh dengan kejam. Dr. Ridzuan merupakan salah seorang suspek yang dituduh melakukan perbuatan tersebut. Mangsa yang dibunuh ini akan dikerat puting payu dara mereka sebagai simbolik kepuasan kepada pemangsa yang disyaki mengalami psikopat.

Apa yang paling mengesankan melalui novel ini adalah ia bukan sahaja sebagai satu karya sci-fi malahan turut memaparkan idea dan hujah yang saintifik terutamanya dalam soal PPSMI. Ternyata ia membuka minda dan boleh membasuh pemikiran individu yang bersetuju akan pelaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, penulis turut menyelitkan bagaimana asal-usul bangsa Melayu itu mula bertapak di Tanah Melayu. Menjadi intinya adalah perihal bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di Nusantara suatu ketika dulu yang kini mula dibobrokan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab dalam memeliharanya dengan andaian bahasa Melayu tidak bisa membawa kemajuan kepada negara.

Saya berasa puas selepas membaca novel setebal 386 muka surat ini. Banyak input yang berguna sebagai pengetahuan. Kekaguman terserlah kepada penulisnya kerana sebagai seorang doktor perubatan, beliau masih mampu berbicara dan menyanjungi bidang bahasa Melayu dengan baik sekali. Bagi yang baru mengenali Dr.Rahmat Haroun Hashim, bisa juga melewati beberapa karya terawalnya seperti Manuklon, Di.Ar.Ti dan Fitrah Kimiawi.

Tajuk : Panggil Aku Melaju

Penulis : Rahmat Haroun Hashim

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harga : RM30.00

Advertisements

3 thoughts on “Panggil Aku Melaju..bukan meLAYU.

  1. bukan pada nama, kejujuran pada parasrupa. kemuliaan pada gerakger. pemikiran pada tingkahlaku. pendirian pada budibahasa. selainnya adalah dusta, cela, jahil dan sesat.

  2. macamana tah saya boleh baca tajuk buku tu ‘Melayu’. hehe mata selalu menipu 😛
    ada juga orang kata Melayu dari perkataan Jawa = mbelayu = berlari

    saya belum pernah lagi baca buku Dr.Rahmat ni, semua bukunya pon sci fi ke?

  3. pakcikli00,

    Mendalam sekali maknanya.. 🙂

    sitinurulhawa,

    Ya, sukar untuk mendapatkan karya-karya lama beliau. Sememangnya, karya beliau banyak berkisar berkenaan sci fi. Contohnya Manuklon yang mengisahkan pertembungan manusia biasa dan klon 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s